About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday 2 July 2013

Akar Dani Menyeri Laman

As-salam.

Elok sahaja pokok kesidang habis mengeluarkan bunga dengan bau yang harum lembutnya, tiba pula giliran akar dani menyeri laman dengan harumnya yang sedikit menyengat. Semacam lari berganti-ganti pula!

Akar dani memanjat arbor/trellis.




Berikut pula versi yang dirakam beberapa hari yang lalu, semasa bunga-bunganya masih baru, merah jambu warnanya, cukup manis sekali!



Diana dari KBB membuat entri scented ranggon creepernya. Mak Aji juga dengan pokok yang sama. Memang musimlah tu!  





11 comments:

  1. cantiknya mak aji...bkn main subur lagi pokoknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Alhamdulillah memang subur dan sekarang sedang galak pula berbunga.

      Delete
  2. salam mak aji, comei nye...mesti Wangi tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Memang comey, terutama yg pink tu sebelum bertukar menjadi merah menyala. Memang wangi baunya!

      Delete
  3. As salam mak aji,

    Pokok dani atau lebih dikenali dgn nama akar dani adalah tumbuhan asli Malaysia, PNG, Filipina dan Myanmar. Pokok ni ada khasiat dalam perubatan herba dan pucuknya boleh dimakan sbg ulaman/masakan.

    Pergola tu dibuat guna kayu cengal ke mak aji?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Adry,

      Terima kasih atas maklumat tersebut. PNG tu negara mana ya?? Yang bagus tu boleh dimakan pucuknya, bertambah lagi jenis ulam di laman! Bukan kayu cengal Adry, kayu keras second-hand, memang terbukti ketahanannya. Pak Aji kaki DIY, jadi itu bikinan sendiri aje.

      Delete
    2. PNG tu singkatan utk Papua New Guinea. Biasanya kayu cengal yg digunakan utk buat pergola sbb ia thn lasak dn paling penting ia tahan air. Pucuk yg masih kemerahan blh dimakan.

      Delete
    3. Salam Adry,

      Oh Papua New Guinea, x biasa Mak Aji guna singkatan itu. Betul tu, jati tahan lasak. Pergola kat rumah lama Mak Aji pakai jati, memang tahan. Harap2 yang ini juga mampu bertahan walaupun x selama jati. Oh, pucuk yg kemerahan ya, nanti dicuba insya-Allah!

      Delete
  4. salam perkenalan mak aji..pokok nih jenis memanjat ke?baru plan nak tanam jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga Zilazul,

      Ya, memang jenis memanjat, jadi kalau nak tanam, elok sediakan sokongan dalam bentuk pergola atau arbor/trellis/para. Paling tidak tanam tepi pagar chain-link agar boleh dijadikan tempat memanjat. Insya-Allah tak rugi menanamnya sebab apabila pokok ni berbunga, turut berbunga juga hati kita!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...