As-salam.
Pada hari minggu lepas kami hadir untuk memeriahkan majlis kenduri kahwin anak buah Pak Aji di FELDA Chini, Pekan, Pahang. Akad nikah pada hari Jumaat malamnya tetapi kami sampai agak lewat, cuma sempat sampai setelah majlis selesai sahaja. Majlis kendurinya pada keesokan harinya.
Kami diberikan penginapan di sebuah homestay di kawasan sekitar itu juga. Pada keesokan paginya sambil Mak Aji memerhati adik ipar membetul-betulkan dulang hantaran di beranda rumah, Mak Aji perasan akan pokok bunga raya yang terdapat padanya tiga empat jenis bunga raya yang berlainan warna! Apabila diperhatikan betul-betul rupa-rupanya terdapat tiga atau empat pokok yang sudah agak besar dan bersilang-silang rantingnya sehinggakan kita sudah tidak tahu pokok mana yang menghasilkan bunga mana! Perhatikan bunga-bunganya serta pokok-pokoknya sekali:
|
Bunga raya peach dua tingkat. |
|
Bunga raya merah dua tingkat. |
|
Bunga raya putih. |
|
Pun bunga raya putih. Perhatikan kelopaknya berlapis-lapis! |
|
Ini pula satu-satunya bunga raya merah jambu yang di hujung rantinganya
bunga rayanya putih!! |
|
Ini pokok (pokoknya). |
Mak Aji cukup teruja melihatkan bunga-bunga raya itu lalu dengan pantas menghubungi tuannya dan meminta keratan batangnya untuk dibawa pulang. Alhamdulillah tuannya cukup bermurah hati dan meluluskan permintaan Mak Aji! Seronoknya apabila mendapat keratan batang secara percuma, cantik pula tu! Yang paling Mak Aji suka bunga putih yang adakah mungkin akan bertukar menjadi merah jambu seperti satu-satunya kelopak yang ada itu??? Itu suatu misteri yang harapnya akan terungkai apabila pokok yang bakal ditanam berbunga nanti!
Alhamdulillah!! Kenduri, kenduri juga, bunga, bunga juga, he he!!