About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday 7 September 2014

Pokok Kari Berbunga Lagi

As-salam.

Tempoh hari pokok kari yang ditanam di pasu ini sakit teruk kena serang makhluk asing yang semacam ulat yang rupanya agak mengerikan! Setelah dirawat dengan semburan neem oil dan dibawa ke bawah pergola (sepanjang tempoh rawatan - semacam masuk hospitallah!) alhamdulillah pucuk-pucuk baru sudah mula keluar dan begitu juga bunganya. Kali ini berjaya juga Mak Aji sebagai misi ya!

Cantik juga bunga kari ya!

Mak Aji cukup risau apabila pokok kari sakit sebab Mak Aji selalu meggunakan daunnya bukan sahaja untuk mengari (buat karilah tu!), malah untuk diletak dalam kuah spaghetti bolognaise (sudah dijadikan resepi ala Malaysia), juga sesekali untuk direndam dalam air panas jika kepala terasa berat - biasanya tekanan darah naik. 

Sebab itulah Mak Aji ada 3 pokok yang ditanam di tiga tempat yang berbeza - ada back-up apabila mana-mana pokok sakit!

Mak Aji dimaklumkan yang apabila buah kari keluar nanti dan cukup matang, kita boleh membuat benih anak kari - setakat ini elok sahaja merah buahnya asyik menjadi rezeki burung sahaja! Insya-Allah kali ini akan menjadi benih, andainya ada rezeki Mak Aji pula!




4 comments:

  1. Cantik bunga kari tu kak zakie, wangi tak?
    Pokok kari saya masih kenet,, yang dulu diserang segerombolan ulat yang bergerak dengan sarang, habis licin ...dibahamnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sud@is,

      Pokok Mak Aji ni pun tak besar mana, sekitar paras atas pinggang. Entah2 jenis ulat yang sama tak dengan yang serang pokok Mak Aji - seram aje tengok rupa dia! Memang dikerjakannya habis-habisan. Nasib baiklah masih ada hayatnya.

      Delete
  2. Ops sori Mak Aji lah bukan kak zakie...silap dipagi hari ampunnn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...