About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday, 4 November 2014

Kalau Sudah Bukan Rezeki

As-salam.

Laman Mak Aji sering dikunjungi tamu yang seringkalinya tidak menggangu ketenteraman kami sekeluarga. Ada juga ketika yang tamu menimbulkan kekecohan serta ketakutan, terutama sekali di pihak Mak Aji sendiri. Apapun, kesemuanya termasuklah kita merupakan makhluk Allah SWT yang sudah dijanjikan rezeki masing-masingnya. Siapalah kita untuk menafikannya??

Kunjungan burung-burung sekawan menceriakan suasana pagi di laman, apalagi dengan bunyi kicauan mereka yang merdu sekali! Gelagat tupai pula seringkali mencuit hati. Hanya sang ular menjalar yang menggerunkan dan sering menyebabkan Mak Aji berkurung di dalam rumah berhari-hari!

Pokok buah-buahan seperti betik dan juga mangga sering menjadi rezeki kami sebagai tuannya dan juga sang burung serta tupai. Alhamdulillah atas rezeki yang melimpah ruah hingga kami sendiri tidak termakan. Berikut pula rezeki tamu kami:

Entah burung, entah tupai yang menumpang makan betik kami.
Sisa mangga cokanan habuan sang tupai.
Semoga hati kita reda dan pasrah dengan ketentuan pemberian rezeki daripada Allah SWT, insya-Allah!



14 comments:

  1. Alhamdulillah bila kita redha Allah akan memberi lebih dan lebih lagi MakAji
    Sebab itulah ganjaran org menanam walau orgnya sudah meninggal dunia tapi pahala masih boleh diperolehi selagi ianya menjadi makanan kepada yg masih hidup tak kira manusia ataupun binatang/serangga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Pada awalnya paksa reda, tapi lama2 tu insya-Allah redalah, sama-sama berkongsi rezeki daripada-Nya juga. Amin!

      Delete
  2. alhamdullilah rezki mereka:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AMIIZA,

      Alhamdulillah, seperti apa yang sudah ditentukan-Nya.

      Delete
  3. Betul Tu Mak Aji, kalau bukan rezeki dalam mulut pun terkeluar....lebatnya buah betik tu Insyaallah selebihnya mudah2an rezeki Mak Aji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sud@is,

      Setuju sangat tu! Memang kami dah banyak dapat makan daripada pokok tu, dah banyak juga berbagi dengan saudara-mara serta jiran pun, alhamdulillah. Habuan burung dan tupai tak banyak pun! Amin!!

      Delete
  4. tunggu yg next punya... mesti banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abang Bear,

      Insya-Allah, mudah-mudahan begitulah. Dah banyak pun Mak Aji tuai hasilnya sebab pokoknya dah agak lama juga.

      Delete
  5. Adoi! bukan rezeki kita...tak per kira sedekah jugak tu...memandangkan buah yang lain masih banyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bunda,

      Yalah, kira sedekah ajelah. Dah sememangnya rezeki mereka. Insya-Allah akan banyak lagi untuk tuannya.

      Delete
  6. Tuan pokok dapat banyak pahala :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...