About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday 17 November 2014

Besarrr Punya!

As-salam.

Ingin Mak Aji kongsikan foto dapatan Mak Aji semasa berkunjung di Pasar Pasir Puteh, Kelantan beberapa hari lepas. Mak Aji memang terkejut melihat saiz sayuran ini:

Lihatlah saiz labu air itu berbanding buah betik dan petai itu!
Ini satu lagi labu yang sama di gerai sebelahnya!

Mak Aji mengagak panjangnya sekitar 4 kaki setengah! Pernahkah anda menjumpai labu air sepanjang itu??? Boleh masuk ke Guiness Book of World Records agaknya ya!? 

Yang menarik juga ialah betapa lawanya peniaga di gerai ini - walau berniaga di gerai di pasar, peniaga ini kelihatannya seperti mana-mana staf yang bertugas di pejabat yang berhawa dingin, bukan! Jangan terkejut kalau mereka juga berpakaian batik sutera seperti anda yang bertugas di pejabat!!



4 comments:

  1. Memang peniaga gerai di pasar pantai timur macam bertugas di pejabat.
    Very colourful.
    Berapa satu biji labu tu Mak Aji?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Mak Aji tidak pula bertanya harganya sebab kalau beli kena buat kenduri baru boleh habiskannya!!

      Delete
  2. besar dan panjang.. tak pernah lagi jumpa sebesar itu mak.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aizamia3,

      Mak Aji pun sama - entah apalah baja yang digunakan untuknya!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...