About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday 17 November 2014

Yang Berbatik dan Terbalik juga Pemalu

As-salam.

Sejenis pokok bunga raya Mak Aji memang jarang berbunga dan kalau berbunga pun hanya sekadar sekuntum sahaja - kurang TLC agaknya! Tidaklah menyempat Mak Aji melayan 'anak-anak' yang memang ramai di laman! Kasihan pula dia. Walaupun begitu mari Mak Aji kongsikan bunganya yang agak 'pemalu' sebab bunganya menunduk (tawaduk gitu!):

Mak Aji terpaksa dongakkan dia!
Bunga yang agak 'pemalu', asyik menunduk sahaja!
Nampak tidak corak batik pada kelopaknya itu??

Sekianlah adanya bunga raya yang tahu malu! Macam mana pula kita manusia yang kadangkala hilang terus malu kita (baik dari segi berpakaian mahupun kelakuan)?? Malulah kita pada bunga raya ini ya!! - tazkirah pagi daripada ustazah tidak bertauliah!





12 comments:

  1. Salam mak Aji..bunga raya jenis lama ni. Nostalgia tengok...nenek saya dulu banyak tanam kat rumah dia. Dulu-dulu banyak orang tanam bunga raya..pokok pudin..mcm2 tu lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mala,

      Mak Aji dapat benih ni semasa bertugas rasmi di Sabak Bernam tahun 2012 (sebelum pencen) dulu. Buat tak malu je minta keratannya! Yelah memang dulu2 mana ada macam2 jenis pokok bunga yg hybrid macam sekarang ni.

      Delete
  2. Ini bunga raya yg tawadhuk ni makaji:) Tunduk malu aje hihi...
    Kakak tak ada bunga raya jenis ini. Nampak cantiklah pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      He he, kita pun nak kena ikut resmi bunganya ni! Mak Aji pun nak kena buat yang begitu sebab asal nampak bunga je buntal biji mata, sibuk nak mengecek pokok orang!

      Delete
  3. Salam Mak Aji...
    Pernah gak nampak bunga raya jenis ni ... Bunga raya ni macam2 spesis dan bentuk kan...
    Ada tu berlapis2 macam bunga ros...tapi dalam taman bunda ..tak pernah lagi tanam pokok bunga raya..

    Kat rumah bapak kat kpg adalah...menjadi2 pulak tu...ada yang merah biasa dan satu lagi warna putih...nanti nak ambillah benih dari bapak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bunda,

      Memang banyak jenis bunga raya ni, begitu juga warnanya. Cumanya pokok ni seelok-eloknya ada ruang. Mak Aji pun masih tanam dalam pasu lagi ni. Kalau di tanah nescaya lebih suburlah dia, barulah n\mahu dia galak berbunga! Jom kita bertanam bunga raya!

      Delete
  4. Salam hujung minggu Mak Aji....singgah lagi melawat kawasan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bunda,

      Terima kasih kerana sentiasa berkunjung!

      Delete
  5. Really beautiful flowers ! Great photos !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ela,

      Thank you so much. I love sharing! Thanks for your visit. Do come on over again!

      Delete
  6. cantik corak yang ada pada kelopak bunga raya tu.. dengan warna merahnya.. indahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aizamia3,

      Betul tu, betapa indahnya ciptaan-Nya! Tanah dan air yang nama mampu menghasilkan bunga yang bentuk serta warna yang berbeza, dengan kehendak serta kemahuan-Nya jua!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...