About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday 9 January 2015

Bunga-bungaan dari Tretes (Surabaya)

As-salam.

Sambil menyelam Mak Aji biasanya juga minum air! Sambil berziarah anak, sempatlah Mak Aji dan Pak Aji ke beberapa tempat menarik dan di situ Mak Aji mulalah mengambil kesempatan merakamkan foto bunga-bungaan yang menarik perhatian untuk dikongsikan di sini!:

Kebanyakan foto di bawah dirakam di sebuah vila kepunyaan Habib Abu Bakar, di kawasan tanah tinggi Tretes, di kabupaten Pasuruan, sekitar 36km tetapi dek kerana jalan yang agak sesak, maka perjalanan mengambil masa sejam lebih juga. Namun begitu apabila kami sampai ke destinasi, kepenatan berbayar kerana suasananya cukup cantik sekali. Mari Mak Aji kongsikan:











Cukup menarik sekali tumbuhan ini - pertama kali Mak Aji tengok!
Ini dia sekali lagi dari dekat!
Di sini pun ada bayam peraksi - ubat demam Denggi tu! Tentu ada juga nyamuk Aedes di sini ya!




















Kalau ditanya Mak Aji nama bunga juga pokoknya ada sebahagian kecil sahaja yang Mak Aji tahu, selebihnya Allahualam! Apapun mari kita nikmati keindahan ciptaan-Nya ini! Alhamdulillah syukur nikmat!

Bukan sahaja bunga-bungaannya indah belaka, malah tamannya yang cukup luas dan berjaga rapi itu cukup mendamaikan sekali! Untuk menikmati dengan lebih lamjut keindahan vila ini sila ke blog Mak Aji yang satu lagi, seperti di bawah:




10 comments:

  1. Replies
    1. Salam Kam,

      Memang ya, seronok selama berada di situ!

      Delete
  2. Unik sekali pokok yang bercabang yang melekat kedinding tu Mak Aji.. belum pernah nmpak kat nurseri belah sini...Nikmat kehidupan vila mewah tu ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sud@is,

      Mak Aji pun baru pertama kali melihatnya. Yang biasa kita lihat jenis pitis tu, kecik saiz daunnya. Tumpang seronok menikmati vila mewah itu.

      Delete
  3. As salam mak aji...
    cukup indah ciptaanNYA...banyak bunga2 yang sangat unik yang pernah dilihat...
    tima kasih mak aji berkongsi foto2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam @na,

      Masya-Allah betapalah indah ciptaan-Nya, dan betapa bertuahnya kita berpeluang menikmatinya! Mak Aji berkongsi keseronokan dengan berkongsi foto-foto ini!

      Delete
  4. Memang betul hilang penat bila mengadap bunga2 yang cantik begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mala,

      Memang tepatlah tujuan vila itu dibina - untuk menjadi tempat melepaskan lelah setelah seminggu bekerja di kota. Suasana damai serta cuaca yang dingin mampu merehatkan tubuh badan serta minda sekali!

      Delete
  5. Subhanallah... giler cantik taman ni... pokok yg menaik tu kemain lagi... kenapa yer kalau tanah tinggi kemain menjadi lagi taman dia?? sejuk kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Najib,

      Mak Aji pun rasa begitu, cuaca yang agak dingin di kawasan tanah tinggi inilah rasanya yang menyebabkan pokok-pokoknya subur luar biasa! Suhunya semacam di Genting Highlands dan Cameron Highlands, cukup nyaman.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...