About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday 23 October 2011

Taman Jepun

Pernah terfikir untuk mencipta taman Jepun di rumah anda? Mungkin anda pernah ke Tropicale yang jalan masuknya di lebuh raya Karak? Saya pernah sampai beberapa tahun yang lepas. Terpegun saya menikmati taman Jepunnya - sungguh mendamaikan. Saya terjumpa artikel oleh Denny Schrock tentang cara mencipta taman Jepun anda sendiri, bersekali dengan gambarnya. Mungkin akan menjadi inspirasi kepada mereka yang berminat??

Unsur-unsur pada Taman Jepun
Taman Jepun menggabungkan unsur-unsur asas seperti tumbuhan, air, dan batu dengan reka bentuk yang ringkas agar dapat menimbulkan suasana yang damai. Mari kita belajar cara mencipta taman Zen anda sendiri.  

1.     1.  Buatkan Pintu Masuk
Gunakan pagar buluh yang ringkas untuk menghalang pandangan di dunia luar taman anda. Buatkan pintu masuk ke taman anda menggunakan pintu pagar dan arbor yang menarik.

 2. Ciptakan Misteri 
 Unsur utama dalam taman Jepun ialah usaha mencipta vignettes yang tidak boleh dilihat keseluruhannya sekali pandang. Sebaliknya laluan yang berliku akan memandu anda melepasi pagoda batu dan terus menggamit anda untuk meninjau ruang berliku di hadapan. Inilah misteri yang dimaksudkan! Lihat foto di bawah:



3. Tanamlah Tumbuhan Evergreen
Kebanyakan taman Jepun bergantung pada pelbagai variasi tona warna dan tekstur. Pokok konifer memberi teduhan hijau yang nyaman sepanjang tahun. Ada pula pokok yang menyamai bentuk pagoda manakala tumbuhan lain pula rendah dan dengan dahan yang semakin melebar.


4. Galakkan Pertumbuhan Lumut
Lumut menjadi litupan yang cukup sesuai untuk kawasan yang redup dan lembab di taman Jepun. Oleh kerana lumut tidak sesuai di laluan, letakkan stepping stone di sekitar lumut tersebut sebagai laluan tanpa menjejaskan permukaan lumut.


5.  Bina Pavilion Peribadi
Anda boleh membina ruang peribadi dalam taman Jepun dengan membina teahouse daripada buluh atau kayu. Gunakannya untuk melayan tetamu atau untuk anda bersantai menikmati keindahan taman anda yang permai itu.

6. Cuba Manfaatkan Tiang Pagoda
Lampu berbentuk pagoda daripada batu menjadi ciri utama taman Jepun. Ia boleh mengikut bentuk bumbung atau bentuk pintu pagar masuk selain melimpahkan cahaya ke taman anda pada waktu malam.

7. Tambah Kontras Berbentuk Tekstur
Bahagian yang redup di taman Jepun anda bergantung pada kontras warna yang agak kurang ketara dan perbezaan tekstur yang agak menonjol agar taman anda lebih menarik. Di sini chartreuse dan green hostas mengelilingi pangkal pokok manakala rumput hakone yang variegated melembutkan tepian batas.


8. Cipta Struktur daripada Tumbuhan
Dalam taman Jepun, pokok biasanya dipotong mengikut bentuk yang menonjolkan seni arkitekturalnya. Pokok maple Jepun ini menonjolkan bentuk zig-zag pada dahannya. Dahan yang melengkung pula mencecah litupan di tanah yang agak kontras dan terpantul di dalam kolam air yang berdekatan.


9. Lindungi Diri daripada Anasir Jahat
Mengikut kepercayaan lama, jambatan berbentuk zig-zag seperti ini akan melindungi anda daripada makhluk halus di taman. Mitos mengatakan bahawa makhluk halus hanya boleh bergerak secara lurus, jadi jambatan ini memerangkap mereka, menyebabkan anda mampu terlepas!


10. Sediakan Island Getaway
Sebuah pulau di tengah-tengah kolam ini mencipta ilusi retreat yang tersembunyi, walaupun lengkungan jambatan itu agak terlalu curam. Jika ruang anda lebih luas dan jambatan lebih panjang, anda boleh sampai ke pulau itu!


11. Luangkan waktu untuk Refleksi Diri
Kolam kecil yang memantulkan cahaya ini memang mempunyai ciri Jepun  - daripada glass fishing float pada permukaannya hinggalah pancutan air daripada buluh, Japanese bloodgrass, lampu pagoda daripada batu, serta batu bersalut lumut yang mengelilingi kolam - kesemuanya menggabungkan gaya Asia.


12. Beri Makan Ikan
Koi yang berwarna-warni memberikan keseronokan di taman Jepun. Biasakan agar ikan datang kepada anda setiap kali anda memberinya makan.


13. Ikut Aliran
Bunyi air yang mengalir dari air terjun menambah ketenangan di taman Jepun. Anak sungai ini mempunyai dua air terjun dan kolam. Papyrus, rumput hiasan dan tanaman litupan yang lain menghidupkan tepian anak sungai ini.


14. Pagar Buluh
Buluh banyak kegunaannya dalam taman Jepun: sebagai tanaman hiasan,sebagai komponen struktur, pagar buluh menggunakan sulurnya sebagai rel dan yang kecil sebagai bahan latticework mengikut bentuk laluan batu halus yang diletakkan di laluan pejalan kaki.


15. Taman Batu yang Beralun
Batu-batu kecil yang mengelilingi batu besar disikat menjadi ombak di sekeliling pulau. Jenis taman Zen ini direka bentuk untuk contemplative thought dan mudah diselenggara.


16. Tambahan Unsur Seni
Sentuhan peribadi dalam taman Jepun sepatutnya amat rapat dengan unsur semulajadi. Batu licin berbentuk telur ini disusun di dalam mangkuk merupakan contoh yang baik. Berlatarbelakangkan warna maple Jepun, terdapat kualiti ukiran padanya.


17. Stone Streambed
Taman Jepun biasanya memanfaatkan representasi. Di sini, batu sungai berwarna kelabu dan yang sama saiznya disusun rapi untuk mencipta ilusi air yang mengalir. Pokok pakis dan evergreens ditanam pada pinggir 'anak sungai' lantas melembutkan 'tebingnya'.

Bagaimana dengan idea taman Jepun yang dipaparkan?? Berminat untuk mencubanya??

2 comments:

  1. Salam Ummu, mana yang you sendiri cipta, saya nak tengok...

    ReplyDelete
  2. Salam Doc, taman Jepun I sendiri tiada, setakat ni container garden sahaja, itupun belum sempurna, in the making!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...