As-salam.
Semasa berada di rumah kawan di Tulangan, Sidoarja, Surabaya, Mak Aji terlihat bunga yang ditanam oleh jiran sebelahnya (semasa menyidai kain di tepi pagar). Sebenarnya itulah pertama kali Mak Aji melihat bunga ini - pernah melihat bunga tiruannya (yang terfikir di benak - kut ya pun bunga tiruan, tiru yang memang betul-betul ada, bukan yang direka-reka!). Cuba lihat foto di bawah:
Entah apa nama pokok bunga ini tetapi bunganya cukup cantik dan unik sekali! Kelihatannya benih pokok dari bebawang, seperti yang kelihatan dalam foto pertama. Cantik, kan!!