About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 30 January 2012

Hampas Teh dan Kopi sebagai Baja

Penggemar teh dan kopi tentunya banyak menggunakan serbuk teh dan kopi untuk membuat teh setiap hari bukan? Tahukah anda bahawa hampas teh dan kopi itu boleh digunakan sebagai baja untuk pokok hiasan anda di dalam pasu? Jika anda menggunakan serbuk teh dan kopi yang ditapis, taburkan sahaja hampas itu dan siram pokok seperti biasa. (Jika anda menggunakan teh uncang, carik-carikkan uncang dan taburkan serbuknya. Jika anda menggunakan  kopi atau teh 3 dalam 1, tidak payahlah buat apa-apa sebab tiada lagi serbuk yang tinggal!!). Insya-Allah dalam beberapa hari tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau!

pekena teh secawan!



serbuk teh sebagai baja semulajadi

Sumber gambar: Google

Sunday, 29 January 2012

Cara Tingkatkan Nilai Rumah Anda

Pernahkah anda melihat rumah yang besar dan cantik tetapi kawasan lamannya tiada pokok hiasan atau kalau ada pun tidak dijaga dengan baik? Sayang sekali bukan? 

Pemilik rumah menghias laman dengan pelbagai tanaman untuk pelbagai alasan. Sebahagian besarnya agar rumah kelihatan lebih menarik dengan rimbunan pepohon yang rimbun menghijau. 

sejuk dan nyaman sekali
cuba bayangkan rumah ini tanpa pokok di lamannya!
Tahukah anda bahawa dengan menamam pokok di sekeliling rumah anda, nilai rumah anda akan meningkat? Itulah yang diutarakan oleh Arborday.orgMenurut Arborday.org pokok di keliling rumah boleh meningkatkan nilai rumah sehingga lebih daripada 15%. Perkara ini amat penting sekiranya anda berkira-kira untuk menjual rumah anda. Selain itu, kehadiran pokok juga membawa pelbagai manfaat lain seperti:


  •  mengurangkan karbon monoksida dan meningkatkan oksigen dalam atmosfera
  • meningkatkan kualiti air dan mengurangkan hakisan (amat penting jika kawasan rumah anda bercerun)
  • menjadi tumpuan burung-burung dan menjadi sumber makanan untuk pelbagai haiwan
  • memberi teduhan semasa cuaca panas (boleh mengurangkan bil penghawa dingin anda) serta boleh menghadang semasa ribut 
  • memberikan privasi terutama apabila pokok dijadikan pagar. 
  • sedikit sebanyak mengurangkan kebisingan terutama sekali jika rumah berdekatan jalan besar
  • mengindahkan laman anda dan juga kawasan kejiranan anda
Setiap kali Mak Aji balik kampung berkereta melalui jalan Gua Musang, kami terpaksa melewati jalan di kawasan Dong, Raub (ingat Mona Fendy kan???). Ada sebuah rumah yang agak sederhana sahaja dari segi rupa, kawasan lamannya cukup luas dan terjaga rapi. Tanaman hiasannya tidak banyak tetapi memang amat kemas tersusun rapi dengan rumput yang menghijau. Berdasarkan kereta yang terdapat di hadapan rumah, Mak Aji agak tentu pemiliknya sudah berusia. Walaupun berusia, namun rumah dan laman terjaga rapi! Malulah kita yang lebih muda usianya tetapi kurang rajin!! 

Saturday, 28 January 2012

Pokok Menarik dari Taiping

Mak Aji terlihat pokok yang agak luar biasa di rumah adik, Cik Na di Taiping pada pagi ini. Berikut gambarnya: 

Berbelang-belang, ada bunga pulak tu!
yang ini juga ada bunga
yang tengah dan kiri jenis yang dibuat bonsai!
Kata adik ipar, pokok yang berbelang itu hanya perlu dibawa keluar untuk mendapatkan matahari sekali dalam masa tiga bulan dan tidak perlu selalu disiram! Kalau kita tidak berapa rajin menyiram, maka inilah pokok (dalam rumah) yang sesuai ditanam!!

Thursday, 26 January 2012

Galak Berbunga

Pokok bunga kertas yang satu ini memang tidak pernah berhenti berbunga sejak Mak Aji beli beberapa bulan lepas. Cukup galak. Seronok rasanya bila sampai ke pagar rumah disambutnya!

bunga kertas
Pokok kemboja juga masih mengeluarkan bunga - hujung-hujung. Berbulan jugalah pokoknya berbunga, diiringi bau harum lembut. Yang Mak Aji cukup suka warnanya yang masya-Allah cukup cantik!

kemboja berwarna fuhschia, cantik sekali!
Bunga ixora juga sememangnya tidak pernah putus menyeri pagar di laman rumah.

ixora jingga

Monday, 23 January 2012

Kaktus Berbunga Sulung

Pagi-pagi sabtu sebelum bergerak ke kampung untuk menghadiri perkahwinan anak buah dan adik, Mak Aji cukup teruja sebab tanpa disangka-sangka pokok kaktus yang belum pernah berbunga mengeluarkan bunga sulungnya! Tanpa melengahkan masa Mak Aji terus rakamkan. Bunganya kuning cair, agak besar berbanding pokoknya sendiri. Kelopaknya nipis dan lembut umpama tisu. Umpama mendapat kejutan berupa hadiah pada pagi-pagi hari!!






Thursday, 19 January 2012

Cuba Teka Apa Ini!

Hari ini Mak Aji berborak dengan kawan sepejabat yang membela ikan gapi di pejabat. Mak Aji bertanyakan jika ada atau tidak kedai yang jual makanan ikan (gapi) dekat dengan ofis, takut terlupa lagi hendak beli (macam semalam), sebab makanan ikan habis licin. Lepas itu tanya dia apa yang diberi kepada ikan pada hari Jumaat sementara hendak tunggu hari Isnin. Katanya dia beri yang ini, yang tahan sampai seminggu (amat sesuai untuk mereka yang hendak balik kampung raya Cina ni dan pada masa yang sama tiada orang hendak beri makan ikan! Ini dia:

Bukan kuih bangkit, tetapi makanan ikan!!
Saiznya selebar 3 cm, rupa seakan-akan kuih bangkit. Rupanya juga semacam ragi (tanpa garis-garis tentunya). Balik kerja Mak Aji menyinggah ke kedai untuk membeli makanan ikan, langsung bertanyakan makanan seperti di atas, malangnya tiada. Nampak gaya kena kirim dengan kawan ofis minta dia belikan.  

Wednesday, 18 January 2012

Mangga muda dipetik orang!

Petang semalam panas agak terik, jadi selepas balik dari kerja, terus ke laman rumah untuk siram pokok - kasihan, kehausan! Sedang Mak Aji sibuk menyiram, Mak Aji perasan dua orang anak dara (umur sekitar 3 - 5 tahun) orang sebelah rumah sibuk memetik mangga muda yang baru sebesar (lebih sikit) ibu jari kaki!! Yang bagusnya tu, ada seorang lelaki dewasa bersama-sama mereka dan dia boleh buat derk aje!! Dibiarkannya budak-budak itu! Berasaplah telinga Mak Aji - mentang-mentanglah bukan pokok dia punya, dibiarkan budak-budak tu petik satu persatu hinggalah Mak Aji larang! Barulah dia tergamam! - guna logik akallah, tak perlu masuk 'u' nak faham benda macam ini!! Adakah patut, ibarat melihat budak-budak nakal baling batu ke rumah orang dengan kita tak menegur sebab bukan rumah kita yang menjadi sasaran! Biarlah ada kesedaran sivik sikit. Bila dia tengok muka Mak Aji masam mencuka, tahu dia malu sendiri, berlalu menyorok muka. Kurang asam garam!!

Hendak dibuat apalah mangga ni?? Sayang betul sebab kalau dibiarkan masak, memang manis sangat isinya.

Sayang tak sempat masak

Saja aja nak meluahkan rasa geram, grrrr!!

Sunday, 15 January 2012

Alhamdulillah Allah Izinkan

Anak Mak Aji, Boy balik ke rumah dari rumah sewanya dan memaklumkan bahawa selepas minum campuran air pelepah nipah dengan cuka kurma, dia sudah tidak sakit lagi! Jadi, alhamdulillah ubat menjadi! Sebelum ini dia terasa seperti ada sesuatu yang tidak lepas, diiringi dengan rasa mual. Selepas menghabiskan air ubat yang dibekalkan, dia terasa batu karang keluar dan berasa amat lega, tiada sakit lagi. 

Dalam pada itu Mak Aji menyelongkar kabinet dapur dan terjumpa baki cuka nipah yang pernah dibeli suatu masa dahulu. Jadi, bolehlah lagi dibancuh dengan cuka nipah pula!  

Nampak gayanya ubat tersebut terbukti berkesan, alhamdulillah!!

Friday, 13 January 2012

Penawar Batu Karang

Anak Mak Aji, Boy memang beberapa kali sakit akibat batu karang. Sepupu Pak Aji memberi petua bahawa pelepah pokok nipah yang dimesin (perlu dibakar dan dibuang kulitnya) seperti tebu dan diambil airnya. Air itu kemudiannya dicampur dengan cuka nipah dan diminum. Oleh kerana cuka nipah tiada, maka kami gunakan cuka kurma sebagai alternatif. Kami bekalkan air itu kepada Boy untuk dibawa balik ke rumah sewanya. Harapan agar penawar ini menjadi, insya-Allah!

Air pelepah nipah dan cuka kurma
Pelepah nipah
Ini pula link yang menyebut tentang khasiat cuka nipah. Semoga beroleh manfaat.


Thursday, 12 January 2012

Bunga Kesidang Semerbak Mewangi

Pada pagi yang segar dan dengan udara yang bersih dan nyaman, Mak Aji berasa kurang sihat, tekak terasa kering dan perit, badan berasa seram sejuk. Bila menghampiri singki di dapur, terbau haruman bunga kesidang yang masuk melalui tingkap dapur - harum semerbak - terapi yang cukup baik untuk diri yang kurang sihat!! Memang Mak Aji tanam bunga di sudup belakang dapur untuk memberi semangat agar lebih rajin 'bersilat' di dapur meskipun keletihan setelah seharian bekerja di ofis.

Walaupun sejambak cuma, namun cukup semerbak!!
Subur menjalar di atas para sehingga ke bumbung rumah burung dan ayam.
Dengan cuaca yang agak panas sekarang, dan disulami hujan sekali-sekala, Mak Aji lihat pokok anggur mengeluarkan pucuk baru. 

Ini pokoknya
Pucuk baru
Bilalah agaknya pokok anggur akan mengeluarkan buah?? Agak lama lagilah kut?? Tiada rupa bayang pun tanda-tandanya.


Saturday, 7 January 2012

Back-breaking Efforts

Sudah agak lama Mak Aji tidak betul-betul buat kerja membuang rumpai, sekadar membuang sedikit sebanyak di sana-sini. Seperti yang pernah di baca, rumpai mesti dibuang sebelum ia besar - lebih mudah. Jika dibiarkan, usaha membuangnya menjadi lebih sukar. Kalaulah mampu menggaji tukang kebun bukankah bagus - kita pagi-pagi keluar ke laman, 'melawat kawasan' ibarat wakil rakyat! Semua dirty work  diselesaikan oleh tukang kebun! (enough of day-dreaming!!).

Hari minggu yang lepas, memandangkan tempohnya agak panjang, maka tukang kebun tak bergaji ini pun memulakan kerja seawal pagi dan masuk bila matahai mula agak terik. Hasilnya, layan.......

Ahlan wasahlan!!
Rumput mutiara
Cuba teka bunga apa!! Jawapannya/pokoknya di bawah nun ...
Bunga kertas
Siapa kata bunga kertas tak cantik??
Masya-Allah, bunga dalam bunga!!
Bunga kertas lagi
Bunga kertas dengan daun variegated 
Cili berbuah untuk pertama kali
Anak cili di celah pokok - cili padi biasa
Embun pagi di dedaun
Dew glistening in the morning sun!!
Pokok dedaun
Embun di dedaun
Beri makan gapi
Pisang kipas - closely guarded against predator - kambing jiran!
Kemboja jepun berbunga lagi
Masya-Allah punya cantik dari dekat!!
Kemboja - batch bunga yang akhir
Mexican orchid kelopaknya bak tisu lembut!
Ini pokoknya untuk teka bunga di atas nun - hempedu bumi!!
Pokok kacang - untuk tutup bumi
Pokok ini ditanam di kedua-dua belah pagar rumah
Sejenis pokok pakis yang diambil dari rumah tukang urut di Kg. Melayu Subang 
Susu kambing sedang subur - Siah, bila nak datang???
Walaupun pinggang rasa bagai nak patah, namun apabila melihat hasilnya, puas!! Oh ya, Mak Aji perlu cari peralatan untuk membuang rumpai, amat penting sekali untuk mengurangkan sakit pinggang. Ini dia: 

Bangku kecil!
Selamat berkebun!

Friday, 6 January 2012

Untuk Kawan

Ada kawan di ofis yang minta daun kesum dan keratan batang pokok Nasir. Jadi sebelum tidur malam tadi Mak Aji pergi ambil dan letak di pintu - al-maklumlah selalu terhakis memori, takut terlupa bawa pulak. Ini yang diletak di pintu hadapan rumah:


Keratan batang pokok Nasir dan daun kesum.

Catatan: Semoga keratan batang akan hidup dengan sihat, jangan mati dan daun kesum bermanfaat untuk hidangan.

Monday, 2 January 2012

Taman Balkoni

Mak Aji terjumpa beberapa contoh taman balkoni yang cantik-cantik untuk tatapan bersama. Ada sebahagian yang ditanam bunga, ada yang ditanam sayur dan ada yang ada water feature. Saksikan dan semoga beroleh inspirasi dan bersemangat menghidupkan balkoni yang terbiar!:

Yang ini pokok disusun dan pasu berbentuk segi agar menjimatkan ruang.
Yang ini memanfaatkan trellis agar pokok memanjat.
Ini pula memanfaatkan pasu sebagai elemen hiasan.
Ini juga ada water feature dan batu sebagai elemen hiasan.
Sejuk dan nyaman dengan pokok memanjat!
Ini cukup ringkas dengan planter box dan trellis.
Ini memanfaatkan rak untuk menjimatkan ruang.
Menarik sekali pokok gantung di balkoni ini.
Yang ini berciri Bali dengan water feature sekali.
Water feature dan batuan.
Juga ada elemen air.
Yang ini juga ada elemen air - sejuk dan mendamaikan!
Sumber gambar: Google images


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...