About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday 23 October 2012

Buah dan Bunga Apa Ini?

As-salam.

Minggu lepas kami ke rumah kawan Pak Aji di Kemensah Heights. Sebelum masuk ke rumah sempat Mak Aji meninjau pokok jiran di hadapan rumahnya. Terdapat pokok yang setinggi sekitar 7 kaki yang berbuah seperti buah epal ini cuma saiznya yang kecil:

Semacam epal. Cuma permukaannya ada sedikit lekuk-lekuk kecil.
Buahnya lagi.
Apabila masuk ke laman pula, kami disambut kawasan yang sejuk menghijau, siap dengan water-feature (cuma tidak diambil gambar kerana kesuntukan masa) seperti berikut:





Bunga ini pokoknya menjalar naik ke atas pokok dan bunganya
berjuntaian. Entah apalah nama bunganya.

Kata isteri tuan rumah, pokok yang bunganya berjuntai ini dibawanya balik dari Bali dan ditanam di laman dan dibiarkan memanjat pokok besar di hadapan rumah. 

Pitis-pitis ini pula dibiarkan memanjat pokok besar itu juga. 

Kehadiran pokok yang besar serta pokok hiasan lain serta kolam ikan memang menyejukkan dan mendamaikan suasana! Seronok kalau dapat berlama di situ.



2 comments:

  1. buah apa yer? tak tahulah mak aji...

    laman kawan pak aji tuh mmg best..jeles tgk..

    ReplyDelete
  2. mungkin juga buah drp pokok hiasan, bukan utk dimakan sebab kecik je. memang lamannya cukup luas, lapang rasa dada. rumahnya lagi, sampai rasa x larat nak ngemas (perasan mcm rumah sendiri). tengok pun dah letih belum lg ngemasnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...