About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday 28 February 2013

Ulaman Siap Petik

As-salam.

Pak Aji lebih gemar makan sayur dalam bentuk mentah berbanding yang dimasak, jadi dia lebih selesa makan ulam. Jadi, kalau tiada sayur atau ulam yang (tiada di rumah) dibeli,maka kami petik sahaja apa-apa yang ada di laman rumah. Antaranya:

Kacang botor sudah galak berbuah, alhamdulillah, berkat doa rakan-rakan blogger!!
Daunnya juga banyak boleh tahan.
Pegaga air.
Sambung nyawa
Daun pudina.
Pokok serai kayu.
Daun kesum.
Daun salam.
'Pucuk' bunga gincu.
Cantik, kan!
Pokok herba (tidak tahu namanya).
Ini pucuknya - rasa sedikit masam dan pahit serta lemak.

Untuk pengetahuan, Mak Aji suka untuk menyebut tentang pucuk sambung nyawa - jika anda petik pucuknya untuk makan tengah hari dan menjelang makan malam masih ada baki di bawah saji, percaya atau tidak, pucuk itu masih segar, tidak layu, masih seperti baru dipetik!! Mungkin sebab itulah namanya begitu! Kalaulah begitu, agaknya khasiatnya untuk awet muda?? Kekal segar ya!!




4 comments:

  1. wah mak aji banyak nyer pokok2 ulam...segar semua nya...kacang botol mak aji sangat rimbun..sy punya berbuah alhamdulillah byk..tapi daun jarang2 heheh...tak rimbun mcm tu...heran betul..tak tahu pulak daun kesum boleh buat ulam...daun kesum sy dh kering..sbb tak dipetik..kesian pulak...:D

    ReplyDelete
  2. Salam Nadia,

    Kacang botol hr tu x nak berbuah sangat, daun je yg lebih tp alhamdulillah dah banyak keluar buahnya! Mak Aji makan aja daun kesum tu, sedap rasa pedas-pedasnya pastu minum terasa manis! Kesum memang sentiasa kena trim kalau x dia 'mmupus', he he! Pernah masa mengandung anak sulung tiada ulam, Mak Aji makan pucuk pauh, sedap, rasa masam2 sikit!

    ReplyDelete
  3. wah meriahnya kesum mak aji. nampak sedap pulak.;>

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hijaudaun,

      kesum Mak Aji suka buat ulam sbb banyak khasiatnya. Pun sedap, rasa pedas2 sikit. Kalau lepas tu minum air, terasa manis pula! Spt selepas makan ubi kemili.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...