About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday 10 June 2013

Bunga Daun Tujuh Bilah Versi Ungu

As-salam.

Pokok daun tujuh bilah yang bunganya ungu Mak Aji alihkan ke tempat lain yang mendapat cahaya matahari sepenuhnya. Pokoknya lebih subur berbanding sebelumnya iaitu di bawah teduhan pergola. Dua rantingnya sudah mengeluarkan kelompok bunga dan ini salah satunya:

Kali ini saiz bunganya lebih besar berbanding sebelum ini.

Bunga tujuh bilah vesi oren pula sedang tumbuh kudupnya dalam kuantiti yang jauh lebih banyak berbanding sebelum ini. Mak Aji cuma tanam di pasu sebab mudah sedikit dijaga agar tidak terlanggar dek cucu-cucu yang berlari-lari di laman. Mak Aji pernah melihat pokok ini yang cukup besar dan subur jika ditanam di tanah.




5 comments:

  1. salam mak aji, comei nye kaler pink...sy ada kaler oren jah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      memang comei kaler pink purple ni. Mak Aji beli kat nurseri Pak Ali di Skudai time ziarah anak cucu kat sana. Daun dia jugok lebih besar drp yg oren tu.

      Delete
  2. Salam makji
    baru pertama kali dengar nama nie..macam mana lehdapat nama tujuh bilah nie yer..pelik jgk..tp bunganya mmg cantik kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Agaknya nama tu dek kerana di batangnya terdapat duri panjang2 dan runcing. Memang sakit kalau tercucuk! Bab tujuh tu x pastilah pulak sama ada memang ada tujuh bilah/jarum sekali keluar kat batangnya. Nanti Mak Aji tengok ya!

      Delete
  3. salam mak aji,

    tak ada biji benih ker pokok tu, kalau ada nak beli sikit...hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...