About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday 24 July 2013

Bunga Kertas Menyeri di Laman Orang

As-salam.

Mak Aji ke Kajang tempoh hari, bersaing (supaya dapat harga borong yang lebih murah!!) dengan anak Mak Aji yang mendapatkan bekalan kuih raya yang anak Mak Aji jual di sekitar Skudai, Johor. Anak Mak Aji buat bisnes setahun sekali sahaja! Selesai membeli kuih raya, Mak Aji memandu lalu sebuah rumah di tepi jalan utama di kawasan perumahan tersebut dan lihat apa yang Mak Aji lihat!:

Cantik sungguh deretan bunga kertas ini yang berjaga rapi!!
Berikut pula pokok bunga kertas yang terdapat di laman balai polis berdekatan rumah Mak Aji:

Pelbagai warna bunganya!!
Mak Aji perhatikan bahawa setiap kali datangnya musim panas (bukan yang macam di temperate countries ya!) atau kemarau, setiap kali itulah bunga kertas lebat berbunga! Sedap mata memandang.




4 comments:

  1. salam makji,
    memang cantik pokok bunga kertas ditanam keliling laman gitu tambah2 lak pelbagai warna lagi tuh..nanti makji lak bila nak bertanam bunga kertas gini..ker dah ade..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Mak Aji memang suka bunga kertas, cuma Pak Aji x berapa gemar sebab durinya. Semua pokok pun dalam pasu je, x ditanam kat tanah, x diberi Pak Aji, takut cucunya tercucuk duri! Mak Aji suka kalau tanam kat bawah biar hidup besar subur durinya kat bahagian bawah tu boleh je kita buang. Satu lagi dia malas nak ngemas rantingnya yang berduri.

      Delete
  2. assalam mak aji...sebenarnya saya google klik taman...tiba2 ternampak gambar pokok bunga kertas yg kat kajang tu ..rupanya bukan saya seorg yg berkenankan pokokk bunga kertas yg kat umah aunty tu.saya memang selalu tengok pokok2 bunga tu bila lalu ambil anak ke sekolah kafa kat surau tu. pernah saya interview aunty tu..dia kata sudah 50 tahun dia menjaga pokok2 dia ni tau..saya memang ada ambil gambar sebijik macam mak aji ambil ini...itu yg terkejut? aik?..ingatkan siapa la post cerita pasal pokok bunga kertas yg ni td...hehehe sila la singgah blog aiza ya. www.zuhaiza.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ayza,

      He he, samalah kita ya! Kalau dah cantik tu ramai yang berkenan! Kalau dah 50 tahun jaga agak seniorlah aunty tu ya. Insya-Allah Mak Aji singgah ya!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...