About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday 1 August 2013

Bila Pokok Orang Berbuah di Laman Kita!

As-salam.

Semasa berkunjung ke rumah seorang kawan (yang pernah Mak Aji kongsikan laman di dalam rumah tidak lama dahulu), Mak Aji perhatikan pokok mulberinya sudah mengeluarkan buah (adalah sebiji dua, kata tuannya) dan yang menyeronokkan, pokok limau purut jiran sebelah berbuah betul-betul di dalam pagarnya! Kami sama-sama tergelak sambil memerhatikan buah tersebut - semacam tidak mahu menjadi rezeki tuan pokok, sebaliknya mahu menjadi rezeki kawan Mak Aji itu. Mari kita lihat!:

Elok sahaja buahnya bertenggek di pagar sebelah sini!!
Amacam kawan-kawan, tergamakkah anda memetiknya jika buah ini masuk ke laman anda???



4 comments:

  1. salam kenal ...walaupun masuk dlm kawasan kite sya rasa kene bagitahu empunya pokok dulu biasa lah hidup berjiran mesti hormat menghormati......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Suzi,

      Mak Aji setuju tu. Elok beritahu tuannya. Biasanya dalam kes ni tuannya segan dengan kita dan terus beri aja buah tu kat kita!

      Delete
  2. Biasanya elok tanya tuan.
    Tapi kalau kat Australia kalau buah masuk.pagar kita boleh ada hak kita ambil hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Kalau dalam Islam pun gitu, kan. Apapun elok beritahulah tuan yang menanamnya. Pengalaman semasa Mak Aji masih budak2 - ada pokok mangga jiran seberang jalan/depan rumah arwah mak. Tiap kali ribut mangganya jatuh. Selesai ribut Mak Aji berlari mencari mangga yang jatuh lantas terus berjumpa tuannya sambil menghulurkan buah tu. Tuannya kata, ambillah bawa balik! Itulah sebenarnya jawapan yang ditunggu2! Mak Aji balik sambil tersenyum (plan menjadi!). Tuannya pun faham, perangai budak2! He he.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...