As-salam.
Sambil menaip entri ini terngiang-ngiang di telinga, lagu S.M. Salim, .... oh bungaa rosss!! Seronok betul rasanya setelah Mak Aji pergi melayan diri di sebuah nurseri yang memang khusus menjual pokok bunga ros (adalah juga dijual pokok air - water hyacinth ke apa ke, kurang pasti namanya). Bagi peminat bunga ros yang tegar, inilah yang akan anda anggap syurga. Mak Aji yang setakat ini belumlah peminat tegar pun, sudah rasa tidak mahu balik!!
Nurseri ini dikenalkan kepada Mak Aji oleh Along, anak sulung Mak Aji yang tahu Mak Aji suka ros. Dia tagkan laman FB pemiliknya untuk Mak Aji jengah (
di sini). Setelah berhubung dengan taukenya melalui FB, petang tadi (walaupun hujan renyai-renyai) Mak Aji berkunjung ke situ. Apa lagi, tentu anda tidak sabar untuk melihat hasil kunjungan itu dalam bentuk foto, bukan!! Mari Mak Aji kongsikan:
|
1. Mak Aji paling suka yang ini. Oranges n Lemons namanya! |
|
2. Midnight blue. |
|
3. Entah apa namanya. Mak Aji ada pokok ini. |
|
4. Berlapis-lapis tebal kelopaknya |
|
5. Cukup menawan warna merah jambunya. |
|
6. Merah jambu lembut, cukup manis! |
|
7. Cantik, bukan! |
|
8. Cantik juga yang warna kuning ini. |
|
9. Delicious orange! |
|
10. Ros yang tidak banyak lapis kelopaknya. |
|
11. Mak Aji pernah ada ros berwarna peach ini tetapi sayang sudah mati pokoknya. |
|
12. Berlapis-lapis juga kelopaknya. |
|
13. Semacam ada bunga ros dalam bunga ros! |
|
14. Sweet pink! |
|
15. Merahnya mak ngah! |
|
16. Ini pula versi merah jambu. |
|
17.Auguste Renoir |
|
18. Auguste Renoir lagi. |
|
19. Cantik manis jenis ini ya! Sooo sweeeeet!! |
|
20. Jenis ini pula bunganya kecil-kecil bergugus. |
|
21. Masya-Allah cukup cantik gubahan semulajadi Ilahi!! |
|
22. Cantik bunga yang belum cukup sempurna kembangnya. |
|
23. Ferdinand Pichard namanya. Nama oranglah agaknya. |
|
24. Another take, cantik sangat yang ini! Berkenannya! |
|
25. |
|
26. |
Setahu Mak Aji ada dua jenis ros, jenis biasa dan jenis yang memanjat. Kita biasa lihat trellis yang disandarkan ke dinding rumah (mat salehlah) untuk ros jenis ini. Berikut ros yang jenis itu:
|
Ros memanjat ditanam sederet dan disokong dengan pancang kayu. |
Sambil berborak dengan tauke nurseri, sempat juga dia berpesan bahawa dia menerima pesanan pokok ros apa sahaja jenis serta warnanya, sebutkan sahaja jenis serta warnanya, akan diusahakannya. Apabila sudah siap akan dimaklumkan kelak. Pesanan boleh dibuat dengan singgah ke nurseri atau melalui FB. Kita juga boleh meminta agar dibuat pokok ros (rose tree) mengikut ketinggian beberapa kaki yang kita mahu. Kadar harganya mengikut ketinggian pokok seperti pada foto akhir:
|
Contoh rose tree. |
|
Rose tree yang baru siap dibuat dan menunggu untuk diambil pelanggannya. |
|
Ini kadarnya - ada berani???? Contohnya, 3 kaki tinggi, RM280! |
Kalau rakan-rakan mahu kenal pemilik nurseri ini dengan lebih dekat, berikut fotonya:
|
Pemilik nurseri - Chai Suk Fah. |
|
Jangan lupa singgah ke sini ya! Nurserinya di sebelah kiri sebelum simpang masuk ke RRI. |