As-salam.
Sejak mula-mula menetap di rumah sekarang Mak Aji sering tertoleh-toleh ke arah sebuah rumah di Kuang. Bukan sebab rumahnya gah tersergam, bukan kerana kereta menjalar di hadapan rumah tetapi kerana terpikat dengan kawasan lamannya yang indah menghijau!
Di jalan masuk ke rumah itu terdapat papan tanda salon dengan nombor telefon. Setelah berhenti sejenak Mak Aji mengambil nombor telefon tersebut. Setelah dihubungi, tuan punyanya cuti berpantang dan salon ditutup sepanjang tempoh berpantang. Sejak itu Mak Aji asyik terlupa untuk menghubunginya lagi.
Semalam dek kerana malas untuk ke Subang Perdana untuk merapi rambut, Mak Aji mencuba nasib dengan salon di Kuang ini. Alhamdulillah Mak Aji bernasib baik lalu membuat temu janji pada pagi ini.
Akhirnya rambut siap dirapi dan Mak Aji (yang lebih pentingnya!) berpeluang meneroka taman yang sekian lama ingin dilawati. Usah panjang cerita, biarkan foto menjelaskan segala-galanya!:
|
Keluar sahaja dari salon kepunyaan Nur, ini di sebelah kanan. |
|
Kerusi laman pelengkap tempat bersantai. |
|
Untuk masuk ke salon Mak Aji lalui pergola dengan bunga merimbun ini - bagaikan disambut meriah! |
|
Ini dari sudut pintu pagar masuk ke laman rumah ini. |
|
Di sisi rumah ada lagi pergola yang menempatkan pokok bunga akar dani. Kawasan tepian rumah
dimanfaatkan semaksimum mungkin. |
|
Di kawasan menuju pintu masuk ke rumah, di kanannya terdapat pokok bunga hoya dengan
daun berbatik (variegated). |
|
Di sebelah kiri pula pokok bunga hoya merah ini. Perhatikan pancang tempat
memanjatnya! Akan kubuat seperti ini! |
|
Bunga hoya merah, meriah sekali. Kata mak cik tu bunga ini berbau harum waktu senja! Baru kutahu!! |
|
Bunga hoya putih dengan daun berbatik tadi. |
|
Ini pula pergola yang menyambut tamu dari kiri pintu pagar masuk ke laman. Pun sedang berbunga. |
|
Yang ini di belakang ruang beranda. |
|
Cantik bunganya merah putih. |
|
Cantik sekali bunga letup-letup yang menghias pergola di hadapan salon. |
|
Mak cik itu menjumpai pokok bunga menjalar yang daunnya seperti ivy ini di hutan
belakang rumahnya. |
|
Ini bunganya dari dekat - belum kembang lagi. |
|
Bunga merah ini juga di pintu masuk ke laman. |
|
Cantik merimbun bunga kuning ini. |
|
Ini dia salon yang Mak Aji kunjungi bersaiz comel di sudut kanan laman. |
Setelah selesai merakamkan foto, terasa berat hati meninggalkan taman yang cukup permai ini. Nur dan ibunya juga cukup peramah walaupun itu baru kali pertama Mak Aji berkunjung. Sebelum pulang Mak cik itu menghadiahkan Mak Aji dua jenis pokok bunga!!! Terima kasih banyak-banyak, cukup baik hati mak cik ini! (dalam hati mahu datang lagi dan lagi ke mari!). Ini pokok-pokok yang dihadiahkan:
|
Bunga alamanda, bukan!? |
|
Yang paling suka, Mak Aji juga dapat pokok bunga hoya
merah itu!! Hati seronok tidak terkata! |
|
One last shot before I went off! |
Tidak sabar mahu jumpa mak cik itu lagi (mahu kukecek lagi pokok bunganya!) Mahu juga Mak Aji bawa dia ke laman Mak Aji pula untuk tanya dia pokok apa yang ada yang dia pula mahukan!!