About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday 27 September 2014

Tertunai Kehendak Hati!

As-salam.

Sekitar 8.00 pagi Mak Aji memandu (sudah agak sihatlah ni memandu sendirian!) ke UIA untuk menjemput anak buah Mak Aji untuk berhujung minggu di rumah. Pak Aji tidak dapat keluar menemani sebab kami ada tetamu di rumah. 

Setelah sesat barat sekitar setengah jam mencari-cari Mahalla (asrama) Ameenah hingga ke mahalla lelaki (sebetulnya Mahalla Ameena dahulunya di sini tetapi sekarang sudah berpindah ke tempat lain - tiada kemas kini pada aplikasi Waze!! Itulah masalahnya apabila terlalu bergantung kepada Waze - padan muka! Mak Aji terpaksa meminta bantuan daripada seorang pelajar lelaki untuk keluar ke jalan utama dan mencari destinasi - pagi-pagi lagi sudah makan 'langsat' - sesat!

Mak Aji mengajak anak buah sarapan terlebih dahulu sebelum melencung ke nurseri milik Mee Lan Ting di Taman Bolton, Batu Caves - tujuan untuk menjenguk sambil membeli-belah jika ada yang berkenan di hati!

Nurseri di lot tepi unit rumah Mee Lan Ting penuh dengan pelbagai jenis pokok buah, herba serta bunga-bungaan - seronok menjamu mata di situ! Mak Aji kongsikan beberapa foto berikut:

Bersama-sama tauke nurseri, Mee Lan Ting.
Sejenis kaktus - teringin tetapi Mak Aji tahan sahaja nafsu!
Berikut pula antara pokok yang dibawa pulang:

Sejenis ginseng menjalar, ginseng noto yang katanya boleh membantu menurunkan kolesterol dan tekanan darah.
Pokok betik sekaki.
Pokok seperti setawar sebagai penawar Denggi!
Pokok bangun-bangun untuk mengubat batuk.
Pokok ceri Barbados.
Pokok ajaib.
Pokok epal bidara.
Buah epal bidara.

Tertunai sudah kehendak terhadap beberapa pokok yang tersenarai dalam wishlist Mak Aji untuk sekian lama! Jangan buat tambahan pada wishlist lagi, sudah!!

Oh ya, Mak Aji juga hanya sempat mengangkut dua pasu dengan harga RM7 sepasu - Mak Aji memandu kereta sedan biasa - perlu pandu Hilux barulah boleh memborong pasu - berat yang amat!

Apapun, seronok berbelanja di nurseri ini masih terasa, he he!! Nantikan Mak Aji datang lagi ya!


Catatan: Keterangan lanjut tentang ginseng noto/notoginseng boleh dibaca di sini:
http://www.smart-publications.com/articles/lower-cholesterol-and-improve-cardiovacular-function-with-notoginseng

18 comments:

  1. pokok ajaib ...???

    mata saya ni clear ja nampak orkid tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Pokok ajaib ni ada khasiat perubatan bila kita makan buahnya. Buahnya pula manis masam. Bila selepas makan buahnya kita makan benda lain yang masam, kita akan terasa manis dan tidak masam. Ajaib, kan! Tauke nurseri yang nak posing dekat orkid tu!

      Delete
  2. Assalam Mak Aji.. alhamdulillah dah sihat.. sekarang bila suami dah arwah saya dan anak pun byk makan buah langsat.. ckp pd anak tak pe..kita nak belajar!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Alhamdulillah dah ok dah. Bercakap pasal sesat ni, teringat arwah ayah Mak Aji. Kami first time masuk Singapore berkereta tahun 1977. Ayah dok memandu berpusing2 untuk keluar ke JB tetapi berpusing tang tu juga. Bila anak2 komplen, kata ayah - kata nak jalan, kita jalan puas2! Semasa Mak Aji hari pertama kerja di JB Mak Aji sesat untuk balik kerja! Selepas sesat tu yang lebih peka kita ni akan jalan! Setuju sangat tu Mar!

      Delete
  3. salam mak aji,,banyaknya memborong,,hehe
    cantik kaktus dalam gambar tu..pokok bidara saya masa mula2 beli daunnya besar mcm gitulah tapi bila dah tanam walaupun pokoknya besar daun nya kecil pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cucubulat,

      He he, itupun terpaksa banyak sabarkan diri, kalau tak, mahu banyak lagi yg dibawa balik! Pulak dah pokok bidara tu! Pokok bidara dan epal bidara lain, kan!?

      Delete
  4. Glad to read you are fine now and can garden again. That Surinam cherry has very pretty fruit. Hope it will bear fruit soon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Tiny Dardener,

      Thank you so much for your concern. Yes, I've seen pictures of Surinam cherries, so pretty! I do hope so too!

      Delete
  5. anika herba kat sini....pokok setawar dulu kat kampung banyak sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sud@is,

      Koleksi herba Mak Aji tak banyak sangat - sedang tambah sikit2. Mak Aji pun konon nak ambil benih setawar kat rumah kakak kat kampung tapi tak sematlah pulak.

      Delete
  6. Alhamdulillah mak aji dah sihat...
    bertambah2 lah koleksi laman nanti...
    selamat berkebun mak aji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Alhamdulillah dah sihat. Betul tu, sedang menambah lagi ni bila kampung hari tu. TQ @na, Mak Aji sehari dua ni berkebun bertemankan lingkaran ubat nyamuk - banyak betul nyamuk menyerbu setiap kali ke kebun! Takutlah pulak.

      Delete
  7. Dalam byk2 pokok tu sy geram dgn betik sekaki...16 biji benih sy semai satu pun tak keluar jd pokok betik...erm idea bwk hilux tu setuju kalau ke nurseri hihih...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Mak Aji pun pernah beli benihnya dulu tapi sayang sebiji pun tak menjadi. Beli pokok je, insya-Allah hidup! He he, patutnya tukang kebun ada sorang sebiji Hilux, kan!

      Delete
  8. Banyaknya hasil tangkapan.
    Larangan berkebun dah tak delah ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Larangan dah takde tapi asyik kena intai je oleh Pak Aji, kena suruh masuk kalau lama2 sangat! Pastu Mak Aji tunjuk lingkaran ubat nyamuk yang terpasang sebagai senjata - Pak Aji gelak!!

      Delete
  9. Bestnye Mak Aji, Julie teringin sangat nak tanam pokok bidara tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Julie,

      Jomlah cari, boleh kita sama2 tunggu hasil buahnya nanti!! Mak Aji tanam kat pasu je sebab semacam iada ruang dah untuk ditanam kat tanah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...