About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday 24 September 2014

Larangan Berkebun Berkuatkuasa Serta-merta!

As-salam.

Anda tentu terkejut akan larangan ini, kan! Ini larangan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa di rumah Mak Aji - siapa lagi kalau bukan Pak Aji! Alasannya - tukang kebun kena demam Denggi! 

Pada hari Khamis lepas Mak Aji bertolak ke Skudai untuk berziarah anak cucu - lama tidak bertemu mereka, tambahan pula cucu bercuti sekolah dan abah mereka sedikit sibuk dan tidak berkesempatan membawa mereka balik bercuti ke Sungai Buloh - apa lagi, kami yang pergi!

Sebelum berangkat ke sana, Mak Aji (walaupun pada ketika itu badan sudah mula kurang sihat dan suhu badan mula naik, segala urat sendi mula sakit-sakit juga), terpaksa menyelesaikan terlebih dahulu kerja-kerja menanam rumput di laman belakang - 10 keping rumput mutiara dengan harga RM1.70 sekeping dibeli sehari sebelumnya. Kalau mengharapkan anak yang tinggal untuk menyiramnya, takut asyik terlupa, mahu kering rumput itu. Ini yang sempat dibuat sebelum bergerak ke Johor:

Selesai 10 keping rumput bersaiz 1 x 2 kaki Mak Aji tanam. Berpeluh sampai ke keting juga dibuatnya.
Mak Aji juga tambah 4 keping stepping stone jenis refleksologi  seperti yang disarankan!

Sekarang tinggal lagi mahu dipenuhkan bed dengan tanaman pilihan agar penuh - sudah hampir siap!

Berbalik ke cerita asal. Mak Aji sampai sahaja di Skudai demam makin teruk dan suhu badan naik. Mak Aji bertahan dengan ubat demam untuk mengawalnya. Pada hari pertama dan kedua di sana Mak Aji berurut (demam urat, kut!) tetapi memandangkan demam masih tidak baik-baik, Mak Aji ke klinik - doktor kata jangkitan pada tekak, bengkak katanya. 

Pada hari Sabtu kami pulang ke KL dalam keadaan Mak Aji masih sedikit demam dan berasa badan cukup letih luar biasa. Pak Aji bertegas membawa Mak Aji ke klinik lagi. Semasa menyarungkan stokin untuk keluar, Mak Aji perasan ruam merah mula timbul di betis dan paha - Dengue alert!!

Setelah diuji darah dan disahkan Denggi Pak Aji membawa Mak Aji ke KPJ Damansara dan Mak Aji sempat sehari semalam di situ. Setelah didapati platelet darah merah mula naik dan doktor berpuas hati Mak Aji dibenarkan balik pada petang semalam, alhamdulillah!

Jadi, untuk beberapa hari ini Mak Aji hanya memerhati laman dari dalam rumah sahaja - ada juga Mak Aji curi-curi keluar sekejap-sekejap untuk melepaskan gian!

Mak Aji masih berasa letih dan cepat penat. Sementara itu Pak Ajilah yang mengambil alih tugas di rumah, alhamdulillah. Namun begitu, al-maklumlah orang lelaki di dapur, ala kadar sahajalah - pejam sebelah mata sahajalah! 

Doakan Mak Aji cepat pulih ya!





20 comments:

  1. Salam mak aji;
    Alhamdulillah...dh keluar wad....moga mak aji cepat sembuh dan boleh turun ke kebun mcm biasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Alhamdulillah dah makin pulih dan dah boleh masuk dapur. Cuma ke laman belum sepenuhnya lagi sebab masih takut2 lagi, keluar sekejap2 saja - itupun nyamuk suka kerumun! Nak kena pakai insect-repellent ke apa sebagai senjata!

      Delete
  2. Get well soon, Mak Aji! at least orang lelaki willing to masuk dapur..is good enough

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u Olive. He he, orang lelaki ni sekejap bolehlah dia masuk dapur, kalau lama2 tak mahu dia! Jadi memlah Mak Aji sekitar seminggu tu yang tak sihat tu! Seronok juga orang layan kita pulak!

      Delete
  3. salam mak aji..
    semoga cepat sembuh ye..musim denggi skang ni,,risau nak bawak anak2 main kat laman petang2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Imm,

      Alhamdulillah Mak Aji dah makin pulih. Memang ya musim Denggi sekarang, nyamuk punyalah banyak. Asal keluar aje jkena kerumun, siap mengekor masuk ke dalam rumah lagi! Anak kawan Mak Aji ada yang meninggal kene Denggi, itu yang seram tu! Mak Aji pun tak kasi cucu main kat luar sehari dua ni, risau!

      Delete
  4. Alhamdulillah mak aji dah keluar wad...semoga sakit urat sendi cepat pulih...sy kena lepas 3 bln pantang...gitu rasa nya sakit terkena denggi...rasa ngilu sengal..sejuk mcm2 rasa...

    Nanti dah betul2 sehat boleh sambung landskap yg cantik tu...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Mak Aji pun pertama kali kena ni. Memang pengalamanlah penyakit ni - yang paling tak tahan muka jadi merah lebam beberapa hari - itu tanda awal yang Mak Aji alami - ingatkan tekanan darah naik. Pak Aji pun pelik tengokkan, lepas dah tahu baru dia nak cakap. Projek belakang belum sambung lagi - nak kena check benih dulu - siapa yang bernasib baik terpilih nanti, he he!

      Delete
  5. jiran saya terkena jugak..dia dok rebus pucuk betik..minum airnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Mak Aji pun dok minum air rebusan daun betik selain sup ketam dan juga 100 Plus untuk tenaga. Hari ni pula terjumpa pokok Denggi - makan daunnya, cuma belum buat lagi. Segala macamlah yang diberitahu orang. 30 hb nanti follow-up dengan doktor, harap oklah nanti.

      Delete
  6. salams mak aji,

    semoga mak aji cepat sihat dan setiasa berada didalam lindungannya, amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AMIIZAA,

      Alhamdulillah berkat doa dan ingatan anda sekalian Mak Aji dah hampir pulih sepenuhnya. Terima kasih!

      Delete
  7. salam mak aji,,semoga cepat sembuh,,
    sy pernah kena hari tu,,sakit kepala dan seram sejuk demam.seminggu duk ulang alik amik darah..kena banyak minum air..100plus pun ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cucubulat,

      Ramai rupa-rupanya yang pernah kena ya - semacam menunggu giliran saja lagaknya! Yang paling tak tahan tu kena cucuk ambil darah! Mak Aji pula terlebih lemak, urat darah susah nak cari, jenuh misi/doktor dibuatnya. Alhamdulillah itupun yang Mak Aji amalkan.

      Delete
  8. Get well soon Mak Aji.
    Take Care.

    ReplyDelete
  9. salam makji,
    selamat hari lahir..semoga panjang umur murah rezki,
    siannya makji demam denggi yer...kena banyak2 berehatlah tuh minum air kepala..gulai ketam...take care yer makji, moga cepat sembuh..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAA,

      TQ dear! Amin!! Air kelapa juga ya, semacam untuk campak ya! Alhamdulillah dah makin pulih.

      Delete
  10. Assalamualaikum Mak Aji, semoga cpt2 sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Julie M,

      Alhamdulillah dah makin pulih spt biasa. Terima kasih!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...