About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday 17 November 2014

Bayam Peraksi Lagi

As-salam.

Mak Aji baru balik dari kampung dan seperti biasa salah satu aktiviti wajib semasa di kampung ialah berkunjung ke pasar. Kalau di sekitar KL kita akan hanya dapat menikmati pelbagai tumbuhan/ulam-ulaman kampung di pasar tani, di kampung segalanya tersedia saban hari! Mak Aji pernag sekali merasa ulam bayam peraksi semasa balik kampung dahulu. Daunnya agak kecil dan apabila merasanya tiadalah berasa apa-apa yang istimewa dengannya. Pada kali ini yang kebetulannya musim tengkujuh,bayam peraksinya cukup subur sekali. Daunnya cukup besar dan lebar. Rasanya pula lemak dan rangup sekali - dicicah dengan budu dalam cuaca dingin bertemankan ikan budu/pekasam, maka bertambah-tambahlah nasi di pinggan! 

Bayam peraksi yang segar bugar untuk Mak Aji tanam nanti!
Saiz bayam peraksi yang biasa kita lihat - agak kurus keding!
Sumber foto: https://www.flickr.com/photos/adaduitokla/6073167395/in/photostream/
Sebenarnya bayam peraksi ini tumbuh sendiri meliar di laman/di pasu. Namun dek kerana terpikat dengan keenakan serta kerangupannya, maka Mak Aji akan menanamnya agar mudah untuk diulam nanti! 

Catatan: Untuk mengetahui khasiat bayam peraksi, anda boleh merujuk DI SINI:



8 comments:

  1. Pertama kali saya dengar bayam peraksi (bayam tekukur, ketumbit jantan, ketumbak merah, patah kemudi) dan kasiatnya...rsanya pernah kenal tapi tak tau nama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sud@is,

      Kalau di Kelantan inilah namanya. Nama lain itu yang Mak Aji tak biasa dengar. TQ for the info, banyak nama lainnya ya!

      Delete
  2. Oooh... ini bayam peraksi baru kakak tahu.
    Kakak ingatkan rumput tau Mak Aji. Kakak tak tahu pun ianya boleh dimakan walaupun kakak ni org kampung betul-betul kampung. Lain kali kakak nak cuba sebab belakang rumah bapak kakak ada pokok ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Memang sejenis tumbuhan yang tumbuh sendiri dan sering dianggap rumpai seperti juga susu kambing, dukung anak serta ketumpang air. Mereka yang tidak tahu khasit tumbuhan2 ini akan membuangnya apabila membersihkan pasu bunga dan juga kawasan laman. Mak Aji pun pernah buat sebegitu sehinggalah mengetahui maklumat tentangnya. Cubalah, kalau musim2 hujan ni memang subur bayam peraksi ni! Cukup berkhasiat, sedap pula tu!

      Delete
  3. Salam mak aji, di Sabah kami panggil sayur ni sebagai 'lampagak'. Mmg sedap dibuat sayur atau dibuat sambal cili padi. Ilmu baru bagi saya. Namanya 'bayam peraksi'.

    ReplyDelete
  4. Salam Carlz,

    Oh begitu namanya di sana ya! Bayam peraksi namanya di sini terutamanya di Kelantan.

    ReplyDelete
  5. Bayam peraksi tak sama dgn bayam tekukur

    ReplyDelete
  6. Bayam peraksi daunnya lebar, bayam tekukur daunnya kecil, halus

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...