About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday 25 November 2014

Tuaian Hari Ini

As-salam.

Pokok mahkota dewa banyak berbuah musim hujan ini. Semasa buah hampir masak, agak kemerahan, katanya itulah waktu paling sesuai untuk menuainya untuk diricih dan dijemur. Bunga telang juga banyak berbunga. Baru sehari dua lepas sudah Mak Aji sirapkan. Hari ini disirap lagi. Sudah agak lama juga Mak Aji tidak membeli sirap/atau yang sewaktu dengannya sejak mula menyirap sendiri hasil tuaian dari laman, alhamdulillah!:

Dua tangkai anggur, 3 biji sahaja mulberi, serta bunga telang.
Buah mahkota dewa yang bakal diricih dan dijemur.

Buah anggur dua tangkai sudah matang dan dituai walaupun buahnya agak kecil - sudah ada yang busuk ditangkai itu. Rasanya mak datuk punya masam! Benarlah kata Diana KBB, kalau anggur dituai pada musim hujan, nescaya masam buahnya manakala kalau dituai pada musim panas akan manis! Begitu juga pengalaman Mak Aji sendiri. Tuaian sebelum ini pada musim panas masam-masam manis rasanya, oklah sedikit berbanding tuaian yang ini! Apapun alhamdulillah atas rezeki! 

Buah mulberi juga ditambah kepada stok buah sedia ada yang entah bilalah lagi akan diusahakan - teringin pula untuk dibikin topping untuk kek keju (telan air liur!) - insya-Allah entah bilalah nanti akan dikerjakan. Orang pencen pun namanya tidak keluar bekerja, sibuk juga seharian di rumah!






6 comments:

  1. Dulu saya ada pokok mahkota dewa tapi bila kami alihkan pokok tu.. pokok tu merajuk dan mati.. masa tu pokok tu dah mula mengeluarkan buah.. kami pindahkan sebab nak guna ruang yang ada masa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aizamia3,

      Oh sayangnya dah nak berbuah mati dia! Mak Aji pun ada sekali nak pindahkan anak pokok ni sebab ada kawan mahukan, pun mati juga. Alhamdulillah selepas tu ada anak balik, adalah nanti rezeki kawan tu. Kalau dok area KL boleh je datang ambik anaknya dengan Mak Aji. Masih ada lagi satu anaknya.

      Delete
  2. Teruja buah mahkota dewa, jenis pokok besar atau pokok yang dalam pasu MakAji?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sud@is,

      Mak Aji tanam atas tanah, sekitar 8 kaki adalah tingginya - buah yang atas tak tercapai dek tangan. Kalau dalam pasu besar rasanya mahu juga dia berbuah asalkan pokoknya subur.

      Delete
  3. salam singgah & salam ukhwan mak aji =)

    haah..sy pun teruja tgk buah mahkota dewa tu. selalu dngr khasiat je xpenah plak lg tgk pokok n buah nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukhwah juga alEn,

      Kenalkan, inilah buahnya! Kalau nak tengok pokoknya cuba search kat atas kanan blog ni sebab Mak Aji juga ada entri pokoknya tidak lama dulu. Dah banyak hasil kami dapat, alhamdulillah!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...