About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 8 August 2014

Lebih Sihat, Lebih Jimat

As-salam.

Beberapa hari sebelum raya, Mak Aji ke pasar raya untuk membeli keperluan dapur dan Mak Aji terjumpa jus mulberi hitam berikut yang dijual. Agak terkejut juga Mak Aji bila melihat harganya!:

Jus mulberi organik tanpa gula.
Harganya boleh tahan ya! Jadi bagi kita yang ada menanam mulberi tu, cubalah bikin jus/sirap mulberi sendiri yang tentu sahnya lebih menyihatkan dan lebih menjimatkan! Berikut sirap mulberi yang Mak Aji bikin sendiri - tahan sebentar sahaja sebab semua ahli keluarga menyukainya!:

Yang bikin sendiri tentu lebih jimat!



Bunga-bunga Raya

As-salam.

Seperti lazimya, raya, raya juga, bunga, bunga juga! Mak Aji tentunya ke mana-mana 'bersenjatakan' kamera digital yang kompak dan senang di bawa ke sana ke mari untuk tujuan merakam apa sahaja yang boleh dijadikan bahan berita cerita/entri dalam blog ini (maaflah ya, perasan semacam wartawan pula tadi!) 

Sepanjang beraya di kampung Mak Aji memerhati sahaja bunga-bungaan menarik untuk dikongsikan di sini. Layanlah ya:

Cantik, kan! Entah apalah nama orkid ni!
Yang ni agak lazim ditemui tetapi warnanya cukup cantik!
Banyak ros yang kembang, tinggi dan subur pokoknya!
Tiga foto di atas dirakam di rumah pak cik Mak Aji di Wakaf Che Yeh manakala semua foto berikut dari rumah mak tiri Mak Aji di Pasir Puteh. Foto terakhir dirakam di rumah pak cik Mak Aji yang satu lagi, juga di Wakaf Che Yeh.
Tambah kapsyen
Tambah kapsyen
Ini tentunya bukan bunga - buah nona seri kaya - menunggu ranum.
Cantik, kan, pertama kali melihat bunga ini, entah apa namanya?
Creeper ini Mak Aji ambil keratannya - harap hiduplah dia dan menjadi secantik ini!

Mak Aji suka bunga adenium ni, terutama yang pelbagai warna dan berlapis-lapis seperti ini! Entah bilalah rezeki untuk memilikinya!?


Geram aje tengoknya!

Sekian bunga-bungaan di kampung edisi raya 2014!



Thursday, 7 August 2014

Besar Punya!

As-salam.

Salam aidilfitri Mak Aji ucapkan kepada semua yang melewati blog ini, sama ada yang pernah menyapa atau yang senyap sunyi dan sekadar pemerhati (silent reader). Kalau ada kata-kata Mak Aji yang pernah mengguris rasa, Mak Aji memohon berbanyak maaf. Kita buka buku baru ya! 

Setelah sibuk balik kampung untuk beraya, baru hari ini Mak Aji berkesempatan ke udara - lama cuti! 
Kalau lama bercuti, agak liatlah pula untuk ke udara - foto perlu diedit bagai dahulu sebelum menyiapkan entri - ambil masa untuk panaskan enjin!

Mak Aji ingin kongsikan beberapa foto yang sempat dirakam sepanjang berada di kampung tempoh hari:

Tempat yang paling seronok untuk melepak sambil memerhati koi berenang-renang.
Perhatikan saiz bird's nest tu berbanding saiz adik Mak Aji yang sedang 'berasap' tu!

Bird's nest ni Mak Aji jumpa di rumah pak cik Mak Aji di Wakaf Che Yeh (tempat tumpah darahku!), Kota Bharu, Kelantan. Sebelum ini kurang perasan Mak Aji akan saiznya yang sebegitu besar. Melihatkan saiznya yang sebegitu besar, maka Mak Aji pun akan cuba mengusahakan agar Mak Aji punya pun boleh jadi sebesar itu! 




Thursday, 24 July 2014

Pokok Tempat Jin Melepak

As-salam.

Mak Aji pernah melihat satu video yang kawan-kawan FB kongsikan tentang dua jenis pokok yang menjadi tempat melepak para jin! Anda mahu tahu apa pokoknya? Lihatkan foto di bawah:

Pokok kelapa gading di belakang rumah jiran Mak Aji.
Pokok ciku dengan buahnya sekali.
Sumber foto: growingandbeing.blogspot.com
Itu dia, pokok kelapa gading (yang buahnya kuning) dan pokok ciku! Anda ada menanamnya di laman rumah, terutama berhampiran dengan rumah? Mak Aji adalah tanam kelapa tetapi belumlah berbuah, jadi belum tahu sama ada buahnya kuning atau tidak. Harap-harap janganlah kuning! Pokok ciku memang tiada di laman. 

Tambah ustaz itu lagi, kalau mahu menanam kedua-dua jenis pokok ini, pastikan bukan berhampiran rumah, biarlah agak jauh sedikit daripada rumah. Agaknya sebab takut jin yang bertenggek di situ mudah sahaja masuk ke rumah sebab dekat, bukan??! Haisyy!!




Dayang Senandung Apa??

As-salam.

Tidak lama dahulu  Pak Aji ke Yaman dan dia bawa balik buah asam limau nipis dari sana. Buahnya kelihatan seperti calamansi tetapi saiznya lebih besar. Bila dipotong buahnya seperti asam limau nipis kita cuma kulitnya senipis calamansi.

Biji benihnya kami tanam dan pokoknya ditanam di pasu tetapi pasunya di tanah - rasanya akarnya sudah keluar dari pasu pun. Pokoknya juga agak subur tetapi Mak Aji perhatikan daun-daunnya ada kesan hitam seperti jelaga. Sekali pandang teringat cerita Dayang Senandung! Penyakit Dayang Senandungkah ini??

Nampak tidak kesan-kesan hitam pada daunnya?
Dari dekat - ada selaput hitam ini yang tertanggal apabila dipancut air apabila disiram pokoknya.

Ini satu lagi pokoknya - ditanam terus di tanah - kurang suburlah pulak.

Oh ya, kalau anda perhatikan, kadang-kadang buah limau yang kita beli pun ada kalanya kulitnya pun ada kesan hitam ini, kan! Entah apa nama penyakit ini. Entah-entah sebab itu yang pokok limau ini tidak mahu berbuah?? Allahualam!




Friday, 18 July 2014

Pujaan Hatiku!

As-salam.

Mak Aji memang cukup suka dengan fireball lily - kembangnya masya-Allah cantik sekali. Pagi ini Mak Aji melihat betapa indahnya bunga ini yang kembang sepenuhnya. Inilah pujaan hatiku!:

Cantiknya fireball lily!
Bunga dan pokoknya.
Satu lagi pokok sudah beranak! Akan lebih banyaklah
kembangnya nanti, insya-Allah!!


Jom Bersantai di Rumah Mak Aji

As-salam.

Seperti biasa, pagi-pagi sebelum matahari mula menghangatkan suasana, Mak Aji menyiram pokok serta mengemas laman setakat yang mampu. Setelah siap, Mak Aji rehat seketika dengan hati puas. Mari Mak Aji tunjuk apa yang Mak Aji kemas di hadapan pintu rumah Mak Aji yang Mak Aji anggap sebagai home sweet home yang tidak seberapa ini: 

Selamat datang ke rumah Mak Aji! Maaf ya, tiada 'Selamat Datang', yang ada 'Welcome' sahaja.
Hijau dedaun yang menyejukkan dan mendamaikan!
Home sweet home!
Kalau selain bulan puasa, seronok minum pagi di sini sambil menikmati suasana pagi yang damai!
Jom bersantai bersama Mak Aji!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...