About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday, 23 August 2014

Apa Benda Ni??

As-salam.

Petang semalam semasa Mak Aji mahu menutup pintu pagar untuk keluar Mak Aji ternampak suatu benda yang agak asing, namun seperti pernah nampak sebelum ini tetapi entah di mana?! Cuba lihat:

Apa bendanya ini?? Benihkah, apakah???
Semacam corong pun ada!
Dari pokok daun tujuh bilah inilah letaknya 'corong' ini. 

Rasa macam Mak Aji pernah nampak benda seperti ini bentuknya tetapi entahlah di mana. Benihkah ia? Yang Mak Aji tahu cara membiak pokok ini secara keratan batang sahaja. Jika rakan-rakan tahu, mohon beri pencerahan sebab Mak Aji agak musykil ni! Apakah dia benda asing (alien) ini??



Australian Gold Vine

As-salam.

Mak Aji baru sahaja menyebut dalam beberapa entri lepas yang pokok Australian Vine Mak Aji enggan berbunga. Paranya yang tak seberapa sudah disediakan, sulurnya pun sudah sibuk memanjat hinggakan Mak Aji rasa semacam tidak kecukupan pula para yang sedia ada untuk melayannya memanjat. Semalam alhamdulillah keluarlah tanda-tanda yang bunganya akankeluat sehari dua lagi - insya-Allah cantiklah nanti. Lepas itu perlulah difikirkan cara untuk melayannya memanjat lebih jauh lagi - tambah tali rafia ke apa:

Yang akan kembang.

Australian gold vine yang sibuk memanjat.



Friday, 22 August 2014

Petua: Cara Mengelak Kuku Kotor Semasa Berkebun

As-salam.

Mak Aji percaya ramai yang sedikit bermasalah apabila selesai kerja-kerja berkebun - kuku kotor kerana bermain tanah! 

Tahukan anda cara mudah untuk mengelak daripada kuku kotor? Begini caranya:

Cari sebatang lilin dan garu-garukan kuku kita ke batang lilin tersebut agar celah-celah kuku kita dipenuhi lilin tersebut. Ini akan mengelak daripada tanah terselit dicelah kuku kita! Tentunya lebih mudah dikeluarkan cebisan lilin berbanding tanah!

Ada satu lagi alternatif yang rasanya lebih baik, iaitu sabun mandi. Selesai berkebun cari berus gigi lama dan gosokkan ke kuku. Insya-Allah bersih kuku anda!

 Sumber foto:  www.livebold.org.
Sarung tangan yang terlalu cantik hingga tidak terpakaikan!
Selamat mencuba!

Catatan: Jika anda memakai sarung tangan, maka tiadalah relevan petua ini. Petua ini hanya terpakai untuk orang-orang seperti Mak Aji yang suka bermain tanah dengan tangan! (feeling close to mother earth)




Tuesday, 19 August 2014

Kumbang Seekor Menyeri Bunga Pelbagai Warna

As-salam.

Kalau cuaca mengizinkan pagi-pagi kalau Mikhail sudah bangun dari tidur, Mak Aji bawa dia ke laman sambil Mak Aji menyiram pokok. Itulah dia kumbang nan seekor - Mikhail!

Mak Aji cukup seronok apabila pokok kembang pukul empat menghasilkan bunga merah terang pula selain kuning. Bunga ungu pula keluar dari pokok yang satu lagi di pasu yang sama. Perhatikan:

Kumbang dengan bunga kuning dan merah.

Kumbang dah mengantuk.
Kumbang yang bam bam!
Yang ungu/magenta.
Yang merah.
Yang kuning.
Ini pokoknya.


Dari Bangku Putihku

As-salam.

UmmuAidanArissa dari blog Aku di Fiji Islands  ada meminta agar Mak Aji tunjukkan apa yang dapat dilihat dari bangku putih yang terdapat di porch Mak Aji (sambil duduk santai - kalau nasib baik ada secangkir kopi dan sepiring kuih!). Walaupun pemandangan laman Mak Aji tidaklah seberapa, namun kupenuhi jua permintaan itu!:

Inilah bangku putih Mak Aji - jom duduk!
Berikut pula pandangan dari bangku tersebut bermula dari yang paling kiri hingga yang paling kanan (180 darjah ya!):

Sudut paling kiri di bawah teduhan polikarbonat - tanaman hiasan serta daun pandan.
Boleh juga dijadikan tempat mengeteh sambil berbuai pada waktu petang.
Para yang tak sepertinya hasil kerja tangan Pak Aji - Australian vine (berbunganya tidak), serta 2 jenis hoya, lili, keladi, bird's nest, money plant. 
Seterusnya, pintu pagar dan di sudut ini pokok mangga Mahathir, kemboja merah, elderberry. 
Ke kanan lagi pokok pagar. juga kelapa (bukan kelapa gading ya!).
Terus ke kanan lagi, khemah tempat letaknya kerusi laman, juga trellis untuk akar dani dan kesidang.
Ini dia trellis yang menjadi gerbang pemisah ke kawasan berumput. Perhatikan projek pagar putih di kanan sahaja - projek terbengkalai! Menunggu pembentangan budget 2015!
Dah sampai ke porch balik.
Ini pergola sebelah porch, tempat nurseri mini Mak Aji!
 Jom kita melalui gerbang trellis ya.

Jom masuk!
Di kanan, pergola.
Di kiri, kerusi laman. Nampak tidak tiang tempat cabaran memanjat??
Sekian adanya laman Mak Aji!



Koleksi Ros Jepun

As-salam.

Ros Jepun antara bunga yang menghias lamanMak Aji. Walaupun begitu ros Jepun Mak Aji agak kurang menjadi berbanding orang lain yang bunganya banyak merimbun. Walaupun begitu Mak Aji kongsikan juga koleksi yang ada walaupun tidaklah seberapa:

Merah jambu, manis sekali.
Merah menyala, cukup ceria!
Magenta, cukup meriah sekali!
Kuning cair.
Merah jambu.
Putih.

Mak Aji peroleh ros Jepun ini juga daripada rakan berkebun selain yang dibeli di nurseri. Hajat di hati mahu lagi Mak Aji tambah koleksi nan seciput ini.




Sama-sama Beroleh Manfaat

As-salam.

Alhamdulillah sejak Mak Aji mula berblogging sejurus sebelum Mak Aji bersara, Mak Aji beroleh banyak manfaat. Antara lainnya Mak Aji dapat berkongsi maklumat sesama rakan berkebun, juga berkongsi tanaman - bertukar-tukar tanaman. Ada juga pembaca blog ini yang menghubungi Mak Aji melalui e-mel dan seterusnya datang ke laman Mak Aji untuk mendapatkan benih pokok terutama yang akan dijadikan ubat - dukung anak, hempedu bumi, kunyit hitam.

Sekitar sebulan dua yang lalu seorang bekas anak buah Mak Aji di ofis dahulu telah didiagnos menghidap kanser payudara. Pembedahan untuk membuang kedua-dua belah payudara sudah dijalankan dan sekarang dia sedang melalui rawatan kimoterapi. Setelah selesai rawatan dia memaklumkan kepada Mak Aji yang dia akan mencuba rawatan tradisional herba pula. Dia bertanyakan pokok pecah beling dan Mak Aji memaklumkan yang Mak Aji ada pokoknya. Mak Aji pun terus menyemai keratan untuknya nanti.

Keratan pokok pecah beling untuk dikongsikan nanti.
Beberapa hari lepas ada pula yang menghantar e-mel dan bertanyakan tentang pokok hempedu bumi dan setelah berhubung melalui telefon, sepasang suami isteri telah datang pada hari minggu lepas untuk mengambil sepokok hempedu bumi untuk dijadikan ubat darah tinggi. 

Hempedu bumi.

Mak Aji berasa seronok kerana dapat membantu memberikan pokok herba yang dihajatkan. Berkat usaha berubat serta izin Allah SWT kita doakan agar yang sakit akan sembuh, amin!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...