About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday, 23 October 2011

Taman Jepun

Pernah terfikir untuk mencipta taman Jepun di rumah anda? Mungkin anda pernah ke Tropicale yang jalan masuknya di lebuh raya Karak? Saya pernah sampai beberapa tahun yang lepas. Terpegun saya menikmati taman Jepunnya - sungguh mendamaikan. Saya terjumpa artikel oleh Denny Schrock tentang cara mencipta taman Jepun anda sendiri, bersekali dengan gambarnya. Mungkin akan menjadi inspirasi kepada mereka yang berminat??

Unsur-unsur pada Taman Jepun
Taman Jepun menggabungkan unsur-unsur asas seperti tumbuhan, air, dan batu dengan reka bentuk yang ringkas agar dapat menimbulkan suasana yang damai. Mari kita belajar cara mencipta taman Zen anda sendiri.  

1.     1.  Buatkan Pintu Masuk
Gunakan pagar buluh yang ringkas untuk menghalang pandangan di dunia luar taman anda. Buatkan pintu masuk ke taman anda menggunakan pintu pagar dan arbor yang menarik.

 2. Ciptakan Misteri 
 Unsur utama dalam taman Jepun ialah usaha mencipta vignettes yang tidak boleh dilihat keseluruhannya sekali pandang. Sebaliknya laluan yang berliku akan memandu anda melepasi pagoda batu dan terus menggamit anda untuk meninjau ruang berliku di hadapan. Inilah misteri yang dimaksudkan! Lihat foto di bawah:



3. Tanamlah Tumbuhan Evergreen
Kebanyakan taman Jepun bergantung pada pelbagai variasi tona warna dan tekstur. Pokok konifer memberi teduhan hijau yang nyaman sepanjang tahun. Ada pula pokok yang menyamai bentuk pagoda manakala tumbuhan lain pula rendah dan dengan dahan yang semakin melebar.


4. Galakkan Pertumbuhan Lumut
Lumut menjadi litupan yang cukup sesuai untuk kawasan yang redup dan lembab di taman Jepun. Oleh kerana lumut tidak sesuai di laluan, letakkan stepping stone di sekitar lumut tersebut sebagai laluan tanpa menjejaskan permukaan lumut.


5.  Bina Pavilion Peribadi
Anda boleh membina ruang peribadi dalam taman Jepun dengan membina teahouse daripada buluh atau kayu. Gunakannya untuk melayan tetamu atau untuk anda bersantai menikmati keindahan taman anda yang permai itu.

6. Cuba Manfaatkan Tiang Pagoda
Lampu berbentuk pagoda daripada batu menjadi ciri utama taman Jepun. Ia boleh mengikut bentuk bumbung atau bentuk pintu pagar masuk selain melimpahkan cahaya ke taman anda pada waktu malam.

7. Tambah Kontras Berbentuk Tekstur
Bahagian yang redup di taman Jepun anda bergantung pada kontras warna yang agak kurang ketara dan perbezaan tekstur yang agak menonjol agar taman anda lebih menarik. Di sini chartreuse dan green hostas mengelilingi pangkal pokok manakala rumput hakone yang variegated melembutkan tepian batas.


8. Cipta Struktur daripada Tumbuhan
Dalam taman Jepun, pokok biasanya dipotong mengikut bentuk yang menonjolkan seni arkitekturalnya. Pokok maple Jepun ini menonjolkan bentuk zig-zag pada dahannya. Dahan yang melengkung pula mencecah litupan di tanah yang agak kontras dan terpantul di dalam kolam air yang berdekatan.


9. Lindungi Diri daripada Anasir Jahat
Mengikut kepercayaan lama, jambatan berbentuk zig-zag seperti ini akan melindungi anda daripada makhluk halus di taman. Mitos mengatakan bahawa makhluk halus hanya boleh bergerak secara lurus, jadi jambatan ini memerangkap mereka, menyebabkan anda mampu terlepas!


10. Sediakan Island Getaway
Sebuah pulau di tengah-tengah kolam ini mencipta ilusi retreat yang tersembunyi, walaupun lengkungan jambatan itu agak terlalu curam. Jika ruang anda lebih luas dan jambatan lebih panjang, anda boleh sampai ke pulau itu!


11. Luangkan waktu untuk Refleksi Diri
Kolam kecil yang memantulkan cahaya ini memang mempunyai ciri Jepun  - daripada glass fishing float pada permukaannya hinggalah pancutan air daripada buluh, Japanese bloodgrass, lampu pagoda daripada batu, serta batu bersalut lumut yang mengelilingi kolam - kesemuanya menggabungkan gaya Asia.


12. Beri Makan Ikan
Koi yang berwarna-warni memberikan keseronokan di taman Jepun. Biasakan agar ikan datang kepada anda setiap kali anda memberinya makan.


13. Ikut Aliran
Bunyi air yang mengalir dari air terjun menambah ketenangan di taman Jepun. Anak sungai ini mempunyai dua air terjun dan kolam. Papyrus, rumput hiasan dan tanaman litupan yang lain menghidupkan tepian anak sungai ini.


14. Pagar Buluh
Buluh banyak kegunaannya dalam taman Jepun: sebagai tanaman hiasan,sebagai komponen struktur, pagar buluh menggunakan sulurnya sebagai rel dan yang kecil sebagai bahan latticework mengikut bentuk laluan batu halus yang diletakkan di laluan pejalan kaki.


15. Taman Batu yang Beralun
Batu-batu kecil yang mengelilingi batu besar disikat menjadi ombak di sekeliling pulau. Jenis taman Zen ini direka bentuk untuk contemplative thought dan mudah diselenggara.


16. Tambahan Unsur Seni
Sentuhan peribadi dalam taman Jepun sepatutnya amat rapat dengan unsur semulajadi. Batu licin berbentuk telur ini disusun di dalam mangkuk merupakan contoh yang baik. Berlatarbelakangkan warna maple Jepun, terdapat kualiti ukiran padanya.


17. Stone Streambed
Taman Jepun biasanya memanfaatkan representasi. Di sini, batu sungai berwarna kelabu dan yang sama saiznya disusun rapi untuk mencipta ilusi air yang mengalir. Pokok pakis dan evergreens ditanam pada pinggir 'anak sungai' lantas melembutkan 'tebingnya'.

Bagaimana dengan idea taman Jepun yang dipaparkan?? Berminat untuk mencubanya??

Pelan Container Garden

Berikut beberapa pelan taman kecil (ihsan www.bhg.com/) yang boleh dimanfaatkan kiranya anda ingin bermula bertanam!:
menarik gabungan warna pelbagai ini!

pokok bunga menggunaka planter box yang besar

disantak ke tepi pagar

berbentuk simetri

diatur cantik pada anak tangga

kombinasi tiga jenis tumbuhan utama begitu anggun sekali!

pengulangan pokok yang sampu begitu menarik sekali!

tong kayu boleh dimanfaatkan!
Semoga mampu mencetus idea. Selamat bertanam!!

Bertanam dalam Pasu (Container Gardening)

Jika taman anda kecil, anda boleh bertanam dalam pasu atau bekas lain untuk memaksimumkan ruang. Begitu juga jika laman anda kecil dan keseluruhannya dipasang jubin. Untuk melembutkan suasana 'keras' itu, anda mesti melembutkannya dengan tanaman, dan dalam hal ini, tentunya menggunakan pasu. Berikut manfaat bertanam dalam pasu:


1. Mudah Alih. Ada ketikanya kita ingin bertukar 'angin' dengan mengubah-ubah suasana di taman kita. Dengan tumbuhan dalam pasu, kita boleh dengan mudah mengubah suasana. Jika kita berpindah rumah, taman kita pun boleh ikut pindah!
 2. Fokus. Tanaman dalam pasu dan pasunya sendiri boleh mencetus minat. Jika pasu dikelompokkan dalam satu kumpulan di tempat yang strategik, ia mampu memecahkan kebosanan di balkoni dan mencipta suasana yang mendamaikan. Ciptakan taman bertema mudah menggunakan satu warna atau satu idea. Koleksi bunga berwarna kuning dan biru boleh mencipta suasana yang menceriakan. Pokok yang sesuai juga boleh kelihatan ringkas dan anggun.

ringkas dan anggun
3. Ciptakan pizzazz, yakni suasana yang terang dan ceria. Kelompokkan beberapa jenis bunga yang terang warnanya dalam kalangan yang warnanya lebih pudar dalam taman anda agar taman anda lebih ceria. Untuk memastikan bunga anda sihat: siram apabila tanahnya kering, buang bunga yang layu dan bajalah seminggu sekali. 
kombinasi yang cukup menarik
4. Menghalang Tumbuhan Tertentu. Ada tumbuhan yang lebih baik ditanam di dalam pasu seperti pelbagai jenis pudina. Sesudah itu baru ditanam pasu itu di atas tanah dengan bibir pasu sama tinggi dengan paras tanah. 
5. Mencipta Suasana. Pasu mampu menjadi set yang cantik ruang di luar rumah. Susunan pelbagai jenis pasu dengan pelbagai tumbuhan mampu mencipta suasana damai yang diinginkan.  
pelbagai jenis keladi dalam satu pasu



bunga dlm pasu di pintu hadapan menggamit tetamu dan tentunya utk menyambut kita pulang setelah penat bekerja!


gabungan pelbagai bunga menghiasi tingkap

menarik sekali

pokok rama-rama

warna yang mendamaikan

mari kita cuba kombinasi ini

topiari yang cantik dengan bunga ros

menarik bukan??
 Semoga paparan ini mampu memberi inspirasi untuk kita sama-sama mencubanya! Siapa kata tak boleh bertanam dalam pasu??

Saturday, 22 October 2011

Bawang Putih Sebagai Penawar

Berikut terjemahan petikan daripada artikel Dr. Mercola:

Bawang putih dipercayai boleh menjadi penawar kepada lebih 150 penyakit termasuk kanser, penyakit jantung serta fungsi imuniti. 
Bawang ini juga pernah diberikan kepada hamba abdi yang membina piramid untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan mereka.
Green Med Info telah menyenaraikan 150 manfaat bagi bawang putih. Kajian menunjukkan bahawa bawang putih:
  • menghalang pengumpulan kolesterol
  • mengurangkan risiko serangan jantung dan strok
  • berkesan menentang bakteria yang kalis ubat
  • mengurangkan kerosakan hati yang cadmium-induced
  • boleh berkesan melindungi daripada kanser
Mengikut salah satu kajian yang dilinkkan dengan laman ini, bawang merah juga boleh membantu menentang tuberculosis yang kalis pelbagai ubat. 
Pada zaman dahulu, tentera Greek dan Rom makan bawang putih sebelum pergi berperang, untuk menambah kekuatan dan ketahanan. 

Terdapat 133 kajian melibatkan 153 situasi kesihatan yang bawang putih boleh membantu. Antaranya:
  • atherosclerosis
  • jangkitan pada telinga
  • MRSA
  • penyembuhan luka
  • tekanan darah tinggi
  • keracunan merkuri
  • trigliserid yang tinggi
  • strok
  • kanser
  • diabetes
  • candidiasis
  • serangan jantung
  • batu karang
  • fungsi imuniti yang rendah
  • ulcerative colitis
  • jangkitan bakteria
Jadi, bawang putih memainkan peranannya pada pelbagai tahap, menawarkan ciri antibakteria, antikulat, dan antioksidan. Kesan terapeutik datang daripada kompaun yang mengandungi sulfur seperti alisin yang juga memberikan bau pada bawang putih.
Melawan Jangkitan, Melindungi Jantung, Menghalang Kanser
Pengkaji mendapati bahawa apabila alisin dicerna oleh badan anda, ia akan menhasilkan asid sulfenik, sejenis kompaun yang mempunyai reaksi yang cepat dengan radikal bebas yang berbahaya. inilah sebabnya mengapa saya namakan bawang putih sebagai salah satu daripada tujuh makanan antipenuaan yang anda boleh makan. 

Bawang putih bukan sahaja berkesan untuk membunuh bakteria yang kebal antibiotik, termasuk MRSA, ia juga boleh menentang jangkitan kulat, virus dan parasit.

Bawang putih juga boleh merelakskan dan membesarkan saluran darah, menambah baik aliran darah, terutama sekali ke jantung anda. Ini boleh menghalang daripada berlakunya kenaikan tekanan darah, dan kejadian serangan jantung dan strok.  Bawang ini menghalang pembentukan plak pada arteri,  dan menghalang kolesterol daripada menjadi teroksidan, suatu keadaan yang boleh menyumbang kepada penyakit jantung.

Bawang putih boleh meningkatkan daya tahan anda daripada terkena sekurang-kurangnya lima jenis kanser: payudara, usus besar, ovari, prostat, dan esophagus. Satu kajian mendapati bahawa lebih kerap anda makan sayuran dari keluarga alium, terutama sekali bawang putih dan bawang biasa, lebih rendahlah risiko mendapat kanser. 

Alisin dalam bawang putih boleh membantu menurunkan berat badan pada tikus yang diberikan makanan yang tinggi fruktos (yang dijamin akan meningkatkan berat badan). Tikus yang diberi makan fruktos meningkat berat badannya manakala tikus yang diberi alisin tidak dan ada pula yang turun berat badannya. 

Cara Terbaik untuk Makan Bawang Putih 
Lebih baik makan mentah daripada makan dalam bentuk suplemen. Biasanya bawang putih dilenyek atau dicincang untuk merangsang proses menukarkan alisin ke dalam bentuk alisin yang bermanfaat. Sebaik sahaja bawang dipotong, kompaun aktifnya akan hilang manfaatnya dengan cepat kira-kira sejam selepas itu. 

Jadi, lebih baik makan begitu sahaja, dipotong, dilenyek atau diketuk, tunggu beberapa minit dan makan. Jika anda menggunakan versi yang dibotolkan, berbentuk serbuk atau yang dikeringkan, anda tidak akan mendapat manfaat seperti daripada bawang putih yang segar. 

Sunday, 16 October 2011

Kunyit Hitam (Curcuma Caesia)

Hari ini baru dapat lihat dan mencuba kunyit hitam. Sebenarnya sudah lama tanam, cuma belum pernah makan. Jenis kunyit ini amat penting dalam perubatan Ayurveda.   Dari segi rupa, kunyit hitam serupa dengan kunyit biasa, cuma rizomnya hitam gelap, dan daunnya bertulang belakang warna hitam. Warna akarnya coklat jernih jika masih muda. 



Antara khasiatnya:
  • boleh memanjangkan usia
  • boleh mengubati santau atau jika termakan bisa
  • boleh merawat ketumbuhan pada sendi atau barah dan penyakit kusta
  • boleh merawat kecacingan, 
  • boleh menaikkan selera makan
  • mencergaskan badan selepas haid atau nifas
  • merawat sakit perut, asma, sakit kulit
  • boleh membuang lemak dalam perut
  • jika dicampur dengan herba lain boleh merawat denggi berdarah
  • dipercayai boleh menolak anasir negatif - jika ditanam di keempat-empat penjuru rumah boleh menjadi pendinding, wallahualam!
Rasanya:  hampir serupa dengan kunyit biasa, cuma rasa sedikit pahit dan pedas!

Saturday, 15 October 2011

Dapat Hadiah Bunga

Pagi-pagi lagi Pak Aji sibuk memanggil Mak Aji untuk diberi hadiah!?? Terpinga-pinga Mak Aji - buang tabiat apa?? Rupa-rupanya dia terlihat bunga kunyit yang sedang kembang mekar di belakang rumah, terlalu teruja dia agaknya. Dia memang tahu Mak Aji memang suka bunga kunyit dibuat ulam. Apa lagi, untuk makan malam, dia minta nasi goreng udang dan dimakan dengan ulam bunga kunyit dan juga petai jeruk (hari Sabtu bolehlah makan, esok sempat hilang bau petai sebelum ke pejabat hari Isnin!). Udang besar kami beli di Tanjung Karang, selepas balik dari Sabak Bernam hari Khamis lalu. Agak murah daripada biasa harganya, dan memang segar, baru dibawa naik dari laut! Apa lagi, laju saja nasi goreng, sambil makan sambil borak, tau-tau saja hampir semangkuk besar licin!

Bunga kunyit
Ni dia bunga kunyit dari dekat - boleh tahan besarnya!




Friday, 14 October 2011

Mengapa Perlu Berkebun/Bertanam Sendiri?

Mungkin ada segelintir kita yang berpendapat, mengapa perlu bersusah-susah mengotorkan tangan untuk bertanam sayur-sayuran dan buah-buahan kalau lebih mudah untuk membeli sahaja?? Memanglah mudah untuk beli sahaja, namun cuba fikirkan sejenak apa alasan-alasan yang bakal saya sebutkan di bawah ini:
  • Harga semua benda makin hari makin meningkat, begitu juga sayur-sayuran dan buah-buahan. Kalau kita bertanam sendiri, sedikit sebanyak perbelanjaan dapur dapat dijimatkan.
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan yang ada di pasar tidak mungkin lebih segar daripada yang anda petik dari kebun sendiri, nama pun 'segar dari ladang!'
  • Yang tentunya (amat penting!) sayur-sayuran dan buah-buahan kita bebas daripada racun seranggan yang entah apa kesannya terhadap kesihatan kita. Walaupun tak seelok yang dibeli, namun jauh lebih berkhasiat!
  • Bertanam boleh dijadikan hobi sekeluarga terutama pada hujung minggu. Aktiviti ini boleh mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.
  • Anak-anak kita terutama yang kecil boleh mengetahui dari mana datangnya sumber makanan mereka. Inilah dia backyard science untuk manfaat pelajaran mereka!
  • Makanan yang dihasilkan sendiri menjadikan kita lebih menghargai nilai makanan, lalu tidak akan mensia-siakannya. Kita tentunya amat menghargai hasil titik peluh kita sendiri!
  • Hanya mereka yang bertanam sahaja yang boleh merasakan kenikmatan dan kepuasan kerana makan hasil tanaman sendiri. Apa lagi, ayuh kita berkebun!!!
  • Bertanam juga boleh memanfaatkan tanah kosong yang (walaupun sempit) kalau tidak dimanfaatkan akan tumbuh rumpai dan lalang
  • Hasil tanaman kita akan menghijaukan dan menyejukkan kawasan rumah, selain mengindahkan lanskap rumah kita
  • Hasil tanaman yang berlebih boleh sama ada kita sedekahkan kepada kawan-kawan atau jiran atau boleh juga dijual untuk mendapatkan wang tambahan. Kalau kurang mampu bersedekah duit, rebutlah peluang bersedekah dalam bentuk ini!
  • Kita dapat makan makanan organik yang ditanam sendiri dengan harga yang cukup murah berbanding makanan organik yang mahal di pasaran!
Berikut beberapa gambar sayur-sayuran dan buah-buahan organik untuk dikongsi:




 Anda pernah tahu yang Putera Charles ada ladang organik di Highgrove Estatenya? Beliau pun makan tanaman organiknya sendiri. Kita bila lagi??

Saturday, 8 October 2011

Balinese Garden

Setelah seharian 'membanting tulang' bekerja, mencari rezeki untuk dibawa balik untuk keluarga, betapa seronoknya kalau taman kita di rumah sebegini damai menghijau:

Fancy having your very own balinese-garden wedding at your own frontyard!!

Sungguh mendamaikan

Tempat santai sekeluarga

Pathway to 'heaven'!

Quite workable!

Ni kawasan rumah yang sebelahnya sawah nan permai!

Seronok bersantai atas daybed!

Come join me and have a splashing time!

Very sleek and clean-cut

Nice for a party

Heaven is .......this!

Kawasan laman luas


Setakat ini hanya boleh berangan-angan sahaja bila melihat foto di atas. Nothing wrong with that right??!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...