About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday, 28 February 2012

Khasiat Hempedu Bumi

Hempedu bumi

Hempedu bumi merupakan sejenis herba pelbagai khasiat. Herba ini juga dikenali sebagai akar cerita, sambilata, nivalembu, king of bitter atau maha tita. Nama saintifiknya pula Andrographis Paniculata

Berikut antara khasiat Hempedu bumi:

a. Daunnya  boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi dan merawat kencing manis. (Caranya: 
rebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum).

b. Daunnya boleh merawat luka. (Caranya: tumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut).

c. Merawat demam. (Caranya: ambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam).

d. Pokok ini dikatakan mempunyai ciri meningkatkan pertahanan badan melawan penyakit serta mempunyai ciri melawan virus. Dikatakan juga boleh melawan beberapa strain virus HIV.

e. Bahan aktif pada herba ini, andrografolid melindungi hati, pankreas dan sistem pencernaan.

f. Kajian makmal dan klinikal membuktikan bahawa ia berkesan untuk kes kerosakan hati kerana bahan toksik, fungsi hati yang kurang baik dan hepatitis.

g. Andrografis juga terbukti boleh mengelak pengumpulan kolesterol teroksida pada salur darah pada tahap yang lebih berkesan berbanding minyak ikan omega 3.

h. Hempedu bumi memang sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai kolesterol tinggi.  

i. Andrografolid juga melindungi sel yang mengeluarkan insulin pada pankreas dan memperbaik metabolisma glukos serta retinopati diabetis.

j. Di China herba ini digunakan untuk mengubat sakit tekak dan selsema.

k. Hempedu Bumi mempunyai kuasa mencegah selsema.

l. Andrografis boleh melindungi daripada gastrik dan ulser duodenum.

Memang banyak sebenarnya khasiat herba ini. Mak Aji sendiri biasa menggunakannya untuk merawat diri apabila tekanan darah naik. Cara yang pernah digunakan: Ambil beberapa helai daun, masukkan ke dalam kole, dan tuangkan air panas ke dalam kole, tutup dan tunggu sehingga boleh diminum. Agak pahit tetapi terbukti berkesan untuk menurunkan tekanan darah. 


Catatan: Oh ya, kalau anda orang yang macam Mak Aji, nyamuk memang suka gigit, amalkan minum air hempedu bumi, nyamuk cuma akan 'usap-usap' sahaja, tidak akan digigitnya - ceh, baunya pun pahit!! Ha, ha, ha!


Saturday, 25 February 2012

Pokok Riben Menyambut Tamu

Mak Aji melayan diri ke nurseri pada petang ini. Banyak pokok yang hendak dicari. Dalam usaha mencari  seronok pula menengok dua pokok 'riben' yang dibentuk sebegini rupa, cukup menarik sekali. Kalau diletak pada pintu masuk rumah atau di pintu pagar tentu menarik, kan!!:

Ahlan wasahlan!!
pokok 'riben' dari dekat
Mak Aji ke nurseri sebenarnya untuk mencari pasu besar lagi (setelah berusaha sekian lama), pokok roselle, pokok daunan untuk laman hadapan rumah serta beberapa beg tanah serta pasu untuk daun kesum dan sejenis ulam lain (pokok selasih ke agaknya, kurang pasti, rupanya seperti ulam raja, daun salam kut??). Ini yang dibawa balik:  

pokok roselle - siap ada bunga lagi
ulam raja - ulam kegemaranku!
pokok daunan - yang depan tu percuma, penjual tu cucuk saja!
Cuba teka bunga apa? - bunga ulam raja!!
Ini pasunya, rupanya menarik, ada lubang (kena simen lubangnya nanti), harganya RM90 (asalnya RM98), selesai bab tempayam isi air hujan, tinggal lagi hendak ditutup lubang dan diposisikan di bawah tempat air hujan turun.

Pasu besar - dibeli juga akhirnya!
Lebihan kangkung Mak Aji biarkan agar tumbuh akar dan sudah dipindahkan ke pasu. Sudah tumbuh - tidak lama lagi bolehlah dituai. Dua lagi pasu untuk daun kesum dan daun salam (betul ke?).

kangkung- baru semai
daun kesum - tanam semula
daun salam
pudina
Pokok kunyit hitam pula makin subur, sudah agak banyak pulalah, berapa banyak pasu Pak Aji hendak tanam kunyit hitam ni??

kunyit hitam

Monday, 20 February 2012

Pokok Pelik

Mak Aji terjumpa beberapa lagi pokok pelik yang hendak dikongsi. Ada yang membuat kita berasa hairan bin ajaib tentang macam mana agaknya pokok dimanipulasi sehingga boleh menjadi begitu, atau adakah secara semulajadi begitu? Cuba lihat:

Boleh lalu di bawahnya
Macam peluru pistol gergasi
Jom berehat sebentar - take a leak!
Macam anaconda
Ini pasti tak boleh tumbang dipukul ribut!
Tempat bertenggek anak-anak
Ambik kau, siapa suruh cari pasal dengan aku! 
Ada satu lagi tumbuhan pelik yang agak-agak SX sedikit, entah betul atau tidak, katanya dari Vietnam. Intai dari celah jari tau!!






Apa macam? Betulkah atau ciptaan manusia? Wallahualam!

Sumber foto: http://www.weirdfacts.info/

Saturday, 18 February 2012

Bunga Cantik

Mak Aji ke Tanjung Malim pagi tadi atas urusan menghantar adik ipar melanjutkan pelajaran secara PJJ - dia mengajar di Johor sekarang ini dan akan mula belajar secara jarak jauh. Dalam pada itu selain institusi tersebut yang penuh bersejarah, Mak Aji terpandang pokok-pokok bunga yang cantik. Ini salah satunya: 

Entah apa nama bunganya tetapi ini jenis perennial yang cuma tahan beberapa bulan sahaja.

Friday, 17 February 2012

Berkongsi Rezeki

Sehari dua ini alhamdulillah hujan asyik turun sahaja, kalau tidak petang, malam, ataupun pagi. Maka dengan adanya hujan pokok mendapat air secara semula jadi tanpa menunggu tuannya (yang kurang rajin sehari dua ini) untuk menyiram. Bukan sahaja pokok yang sengaja ditanam, malah rumpai pun bukan main subur lagi.

Pokok mangga yang tempoh hari berbuah sudah masak sebanyak beberapa biji. Walaupun saiznya tidaklah sebesar mana, manisnya masya-Allah! Alhamdulillah atas rezeki pemberiannya, sempatlah dikongsi dengan jiran sebelah rumah.

Bercakap pasal berkongsi, rupa-rupanya pisang belakang rumah yang baru matang setandan tempoh hari selain direbus, juga dimasak pengat dan sedap pula tu! Pisang itu juga kalau digoreng juga enak. Dalam tak diam sudah ada kawan-kawan yang menempah sesikat seorang untuk tandan yang seterusnya (selain anak buah yang - secara melawak di FB - membuka tempahan untuk berniaga pengat pisang!! He he he!!

Monday, 6 February 2012

Pisang Berbuah 6 Tandan Sekaligus

Alhamdulillah pokok pisang belakang rumah berbuah, enam tandan sekaligus. Pak Aji baru tebang satu pokok, tinggal lima tandan lagi. Pokoknya jenis pisang batu yang sedap dibuat goreng pisang atau paling tidak direbus sahaja. Masa kecil-kecil dahulu arwah mak ada kalanya rebus pisang ini yang betul-betul masak, kemudian dicicah dengan gula. Kalau panas-panas memang sedap!!

pisang galak berbuah
setandan lagi
dua sisir yang paling atas pada tandan
Kami sempat berbahagi pisang dengan jiran sebab banyak dan tidak termakan nanti. Dua sisir ini insya-Allah akan digoreng dalam sehari dua lagi. Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan.

Sunday, 5 February 2012

Ulam dan Sayur 'Segar dari Ladang'

Pagi semalam Pak Aji petik bayam hijau segar yang tumbuh di laman - kami tidak tanam pun, benih dari tanah orang sebelah masuk ke kawasan kami dan tumbuh. Dapatlah kami makan percuma! Berikut gambarnya: 

sayur bayam hijau
Anak-anak ada di rumah dan anak buah suami serta isteri juga ada, jadi kami makanlah beramai-ramai - sayur pedas bayam (letak ikan tumbuk, lada hitam dan bawang). Ikan tuka (pari kecil) dibakar dan dicicah kuah cuka (cuka, garam, belacan, bawang merah dimayang dan cili api). Juga ada ikan terubuk bakar masin serta ikan goreng. Lauk memang simpe sahaja tetapi masing-masing makan berselera!!

Pada pagi ini Mak Aji berkebun, membuang rumpai, mengalih pokok-pokok bunga yang baru dibeli ke dalam pasu serta membersih laman. Pak Aji pula membantu dan dipetiknya juga pucuk ubi orang sebelah yang sudah menceroboh masuk ke laman kami. Maka dapatlah pula kami makan pucuk ubi (nanti dibuat ulam cicah budu pula!). 

pucuk ubi
Semasa balik kampung tempoh hari, Mak Aji beli budu raja - yang sudah siap diletak asam limau nipis dan cili api - cuma Mak Aji suka pedas, jadi kena tambah lagi cili api.

Lauk hari ini juga simple, ikan kembung dimasak singgang, ayam goreng berempah dan ulam pucuk ubi cicah budu. Insya-Allah terangkat!!

Saturday, 4 February 2012

Bunga di Laman Lagi

Selepas sarapan Mak Aji meninjau-ninjau pokok bunga di laman dan Mak Aji ingin kongsi beberapa gambar berikut:
jenis dedaun yg kadangkala berbunga kecil
pokok dedaun ungu kemerahan
sejenis kaktus yang baru sekali berbunga
jenis dedaun juga
dedaun ungu kemerahan juga
bunga bagai riben!
bunga halus-halus
pokok merimbun
pokok pegaga air, tempat gapi menyorok
juga jenis dedaun
bagai warna metalik kereta!! - bagai ditabur serbuk perak
Seronoknya berada di rumah ditemani pokok-pokok ini!!

Thursday, 2 February 2012

Anting-anting Puteri Indah Berseri

Selepas Zuhur tadi, Mak Aji melayan diri ke nurseri Sg. Buloh - ada beberapa jenis pokok yang hendak dibeli. Antara lainnya, pokok anting-anting puteri (manis namanya!) atau nama biasanya pokok bunga melati.

anting-anting puteri/melati
cantiknya anting-anting bergantungan!
Teringin pula hendak mencuba membonsaikannya! Selain itu, pokok limau purut, bunga melur,

dua pokok bunga melur
sedang galak berbunga
masya-Allah cantiknya!
ni melur jenis baru, berbentuk separuh bulat tanpa cantas
cantik juga bunganya
juga sejenis pokok yang hendak disebut tidak tahu namanya. Mak Aji juga teringinkan sejenis pokok puding yang halus daunnya yang secara semulajadi (tidak dipangkas pun) berbentuk separuh bulatan. Kalau besar pokoknya memang cantik, apa lagi di tanam dalam pasu yang besar! Apapun Mak Aji hendak beli yang kecil sahaja agar harganya kecil!

pokok puding daun halus
bentunya separuh bulatan tanpa cantas
ni pokok entah apa ke namanya
bunganya cantik!
cantik, kan??
Mak Aji juga beli pasu sebab stok di rumah sudah habis. Diintai juga tempayan untuk menadah air hujan tetapi seram pula bila melihat harga sampai beratus ringgit - entah-entah kena berpuas hati dengan tong plastik sahaja! Kenalah tinjau lagi sebab hendak cari yang tidak sampai pun RM100 - pun tidak hendak yang besar sangat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...