About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday 23 November 2013

More Succulents

As-salam.

Dalam perjalanan balik dari menghadiri majlis kahwin yang kedua untuk hari ini, Mak Aji menyinggah ke nurseri lagi untuk menambah stok pasu plastik (sebab ringan dan tidaklah terlalu membebankan pinggang ini).

Mak Aji terlebih dahulu mencari Wak untuk mendapatkan lagi pokok roselle tetapi dia tiada stok roselle yang sedikit besar (agar susah mati - sudah dua pokok sebelum ini mati!). Insya-Allah lain kali sahajalah. Sambil memilih pasu serta pelapik pasu, sempat Mak Aji menjenguk beberapa jenis succulents yang pelbagai jenis. Ada yang sebesar dan hampir sama bentuk macam kubis! Cantiklah pulak, cuma lupa pula hendak menjenguk harganya. Kalau yang saiznya besar tentu sahaja harganya besar!! Apapun layan foto berikut:

Semacam kubis, cantik!



Semacam lidah berlapis-lapis!


Besarrr punya!
Menantu dan cucu Mak Aji yang ikut menemankan Mak Aji ke nurseri.

6 comments:

  1. Assalammualaikum Mak Aji.
    gambar bunga bunga tu cantik tetapi teramat lagilah cantik dan ayunya anak menantu Mak Aji tu.
    Cucunda tu pun sungguh comel dan pandai posing.Alhamdulillah..tahniah Mak Aji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puteri,

      He he, terima kasihlah. Saja Mak Aji letak foto mereka sebab kebetulan kami ke nurseri sama2. Mak Aji dok jaga cucu nilah sekarang sejak dalam pantang lagi.

      Delete
  2. dulu suka jugak kumpul jenis2 pokok succulents ni...(sama ke ngan kaktus mak aji)..sy ingat kan ianya kaktus...tapi dah banyak mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Setakat yang Mak Aji tahu kaktus tergolong dalam jenis succulents ni. Mak Aji pun dulu ingat gitu juga!

      Delete
  3. Menantu yg cantik dan cucu yg comel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aina,

      Mereka tu acara selingan, he he! Terima kasih, tentu senyum menantu Mak Aji kalau baca ni!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...