As-salam.
Mak Aji ingin kongsikan maklumat kesihatan yang diperoleh daripada FB kawan Mak Aji. Minuman ini dibikin sendiri di rumah dan menurut sumber, insya-Allah berkesan untuk menurunkan paras kolesterol serta melancarkan perjalanan darah (dengan mengatasi masalah saluran darah yang menyempit)., juga dapat membantu menurunkan berat badan serta mencantikkan kulit! Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara pembikinannya:
Bahan:
3 biji lemon
3 labu bawang putih
1 liter air
Cara-caranya:
Hiris lemon dalam bentuk bulatan dan buangkan bijinya. Kupas bawang. Masukkan lemon serta bawang ke dalam
slow cooker dan tuangkan air. Masak selama 8 jam. Biarkan sejuk. Kisar agar menjadi seperti puri. Simpan di dalam peti ais.
Cara Menghasilkan minuman:
Ambil 2-3 sudu besar bancuhan tadi dan tambah air suam. Tambahlah madu jika anda berasa pahit. Amalkan meminum minuman ini sebelum atau selepas makan.
Selamat mencuba!
|
Lemon serta bawang putih serta air. |
|
Selepas siap masak selama 8 jam. |
|
Mak Aji dapat hasilkan dua botol purinya. |
|
Beginilah rupanya. |
Dari segi rasa alhamdulillah, not bad! Mak Aji pernah rasa yang lagi pahit seperti air hempedu bumi, jadi Mak Aji boleh cuba amalkan minuman ini setelah dicampur sesudu besar madu.
Mak Aji tunjukkan asal-usul minuman ini:
Catatan: Penghargaan untuk saudara Kee Cheong Ngu atas perkongsiaan ini! Semoga kita semua beroleh manfaat, insya-Allah.