About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday 27 November 2014

Petua di Dapur: Cara Menyimpan Halia

As-salam.

Mak Aji ingin kongsikan cara menyimpan halia agar kekal segar walaupun sudah sekian lama dibeli (untuk mereka yang tidak menanamnya) atau digali di laman. Petua ini diperoleh daripada Rachel Ray, seorang personaliti/tukang masak di ASTRO (30-Minute Meals with Rachel Ray).

Sebelum mendapat petua ini Mak Aji sering mendapati halia yang dibeli (yang ditanam tidak menjadi) sudah busuk sebelum sempat habis digunakan. Petua Rachel ini menyelesaikan masalah tersebut!

Caranya:

Kopek kulit halia dan masukkan halia yang siap dikopek itu di dalam plastik (sebaik-baiknya  jenis yang resealable agar lebih mudah). Simpan halia di bahagian sejuk beku. Setiap kali anda perlukan halia, potong sebanyak mana yang anda perlukan dan parutkan sahaja. Halia yang disejuk beku memudahkan kerja memarutnya! 

Sumber fotokhazanahalamkita.blogspot.com

Pemarut kecil yang biasa Mak Aji gunakan. 
Maka tiadalah lagi halia busuk! Selamat mencuba!!



4 comments:

  1. salam mkji,
    sy pun ade gak simpn lebihn halia yg takut tak sempt guna dlm frozen..tak tahu lak ianya satu petua..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAA,

      Mak Aji biasa simpan dalam peti ais tapi bukan dalam freezer. Apapun masih juga berkulat. Kadang frust juga bila masih banyak lagi halianya! Hai, jangan terkejut yang apa yang kita biasa amalkan berkurun lamanya, rupa2nya ada orang yang belum pernah tahu tentangnya! Sekadar perkongsiaan agar ada yang beroleh manfaat daripadanya.

      Delete
  2. Maaf Mak aji saya tidak bersetuju makanan disimpan di dalam plastik kerana plastik tidak friendly kepada manusia.... Plastik terdiri daripada polymer tidak stabil dan racun dari plastik boleh masuk ke dalam makanan. Sila buat pencarian phtalates dan dioxin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Qaiza Herbs,

      Terus terang Mak Aji akui yang Mak Aji masih belum mampu memisahkan diri daripada penggunaan plastik dalam hidup seharian. Mahu juga Mak Aji tahu bagaimana cara untuk tidak berbuat demikian! Mohon tunjuk ajar saudara.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...