About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday 23 October 2012

Pokok Kacang Botor Berdaun Panjang

As-salam.

Semasa Mak Aji berada di Kemaman tempoh hari, sempat pula kami meninjau laman rumah kawan Pak Aji yang luas. Di sudut belakang kelihatan para dan terdapat pokok memanjat. Dari dekat barulah kami perasan, rupa-rupanya pokok kacang botor. Agak pelik juga kami sebab daunnya panjang-panjang macam daun kangkung! Lihatlah: 

Kacang botornya sama sahaja tetapi daunnya macam daun kangkung!

Agaknya sepupu sepapat kacang botor biasalah tu. Kami ambil buahnya yang tua untuk dibawa balik dan dibuat benih.

Bunga keladi yang juga terdapat di laman rumah.
Bunga daripada pokok keladi berdaun hijau merah.
Ini pula pokok hiasan yang terdapat di warung yang menjual satar di tepi jalan.
Pokok ini biasa dijual oleh orang asli di tepi jalan di kawasan pedalaman.




7 comments:

  1. Salam ummu madihah,

    peliknye pokok kacang botol ni,dah macam kangkung rupa. First time tengok.

    ReplyDelete
  2. Salam Ibu Qis,
    kami pun baru pertama kali tengok, itu yang terus ambil buat benih!

    ReplyDelete
  3. Salam Mak Aji,

    Eh tengok kacang botor tuh pun jd terliur pulak..kacang botor kita masih kecik lagi..budu pun blom ready lagi..heheh..
    yang pokok hiasan tuh biasa tengok..rsnyer keluarga paku pakis tuh yer tak...

    ReplyDelete
  4. Itulah dia, kacang botor, cicah budu, ada ikan bakar tawar, tempoyak pulak (atau durian fresh), pasti terangkat, nak-nak musim hujan! Buat budu sendiri ke?? Wah, pandai! Budu ppaye! Ya, rasanya keluarga pakis.

    ReplyDelete
  5. petik,basuh, potong menyereng, tumis bawang kecil,bawang putih ngan belacan sepotong, sedikit garam, makan panas2 ngan nasi....ZAAAAAZZZZ...superb!!!

    ReplyDelete
  6. Salam Zoolazeez,

    Mak Aji boleh bayangkan zoolazeez buat semua tu! Tentu pandai masak ni. Insya-Allah akan dicuba nanti bila kacang botor dah berbuah! Terima kasih atas resepi mudah dan sedap ini!

    ReplyDelete
  7. As salam Mak Aji, Bleh jualkan benih kacang botor panjang ni tak sket untuk saya. Berkenan sangat tgk buahnye.. Tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...