About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday 26 November 2014

Minuman kesihatan

As-salam.

Mak Aji ingin kongsikan maklumat kesihatan yang diperoleh daripada FB kawan Mak Aji. Minuman ini dibikin sendiri di rumah dan menurut sumber, insya-Allah berkesan untuk menurunkan paras kolesterol serta melancarkan perjalanan darah (dengan mengatasi masalah saluran darah yang menyempit)., juga dapat membantu menurunkan berat badan serta mencantikkan kulit! Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara pembikinannya:

Bahan:

3 biji lemon
3 labu bawang putih
1 liter air

Cara-caranya:

Hiris lemon dalam bentuk bulatan dan buangkan bijinya. Kupas bawang. Masukkan lemon serta bawang ke dalam slow cooker dan tuangkan air. Masak selama 8 jam. Biarkan sejuk. Kisar agar menjadi seperti puri. Simpan di dalam peti ais.

Cara Menghasilkan minuman:

Ambil 2-3 sudu besar bancuhan tadi dan tambah air suam. Tambahlah madu jika anda berasa pahit. Amalkan meminum minuman ini sebelum atau selepas makan.

Selamat mencuba!

Lemon serta bawang putih serta air.
Selepas siap masak selama 8 jam.
Mak Aji dapat hasilkan dua botol purinya.

Beginilah rupanya.

Dari segi rasa alhamdulillah, not bad! Mak Aji pernah rasa yang lagi pahit seperti air hempedu bumi, jadi Mak Aji boleh cuba amalkan minuman ini setelah dicampur sesudu besar madu. 

Mak Aji tunjukkan asal-usul minuman ini:


Catatan: Penghargaan untuk saudara Kee Cheong Ngu atas perkongsiaan ini! Semoga kita semua beroleh manfaat, insya-Allah.





6 comments:

  1. assalamualaikum mak aji,
    sy pun amal minum lemon sekarang ni....tapi lemon dengan air suam saja lah...nanti boleh lah try cara ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Nadia,

      Oh ya, banyak khasiat lemon tu, kan. Yang tak bestnya harganya yang agak mahal je! Jom kita amalkan.

      Delete
  2. Assalamualaikum kak,

    Saya pu pernah terbaca tentang petua ni tapi tak pernah cuba lagi. Insyaallah nanti nak try jugak. Skg ni cuma amalkan air detox (lemon, lime dengan cucumber/lemongrass jer)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aida,

      Akak pun ada baca pasal air detox tu, cuma belum buat juga. Yang tu lagi banyak bahannya. Yang ni bahan x banyak cuma ambil masa panjang nak masaknya. Tapi takpa, biarkan slow cooker masakkan untuk kita sambil kita zzzzz!

      Delete
  3. salam makji,
    pahit ker rs dier..heheh...ubat mmg begitu kan..bhn2 nak buat tuh nmpak mudah cuma nak mknnya nanti takut susah..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAA,

      Adalah rasa pahit sikit sebab lemon tu sekali dengan kulitnya, tapi taklah pahit sangat, bolehlah! Tambahkan aja madu agar lebih selesa pada tekak! He he, nak buat ubat tapi nak yang sedap eh!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...