About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday 3 December 2014

Cubaan Membikin Pewarna Biru

As-salam.

Kalau kita boleh menghasilkan sirap sendiri, Mak Aji rasa kita sendiri juga boleh menghasilkan pewarna sendiri yang dibikin tanpa memasukkan apa-apa bahan kimia, juga pengawet. Cuma mungkin bikinan sendiri ini perlu disimpan di peti ais agar tidak rosak.

Memandangkan bunga telang perlu dipetik setiap hari, maka 3 hari kutipan bunga telang agak banyak juga. Jadi itulah bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan pewarna ini. 

Mak Aji cuma masukkan bunga telang serta air bertapis ke dalam periuk dan merebusnya sehingga keluar jus biru pekat (dalam bahasa Inggeris proses ini dinamakan steeping), Mak Aji tuang ke dalam bekas. Mak Aji ulang 3 kali sehinggalah kuntum bunga telang menjadi 'putih'! - umpama memerah santan tiga kali sampai habis santannya!

Ini hasilnya - pewarna biru!
Sampai' putih' lebam Mak Aji kerjakan dia, he he!

Pewarna biru ini insya-Allah boleh dimanfaatkan untuk memberi warna kepada nasi kerabu dan juga kek blue velvet!! Sudah lama Mak Aji teringin untuk menghasilkan kek velvet ini tetapi apabila memikirkan pewarnanya yang merah pekat itu, terfikir pula Mak Aji akan blue velvet pula! Pasti cantik, kan! Tunggukannya!



7 comments:

  1. Nasi kerabu, kek, kuih tepung talam, air sirap semua boleh MakAji
    Itu yg untung kalau ada bahan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Yalah, banyak lagi yang boleh dibuat ya! Terima kasih kerana mengingatkan, terlalu dok berangankan blue velvetlah ni, he he, sampaikan terlupa yang lain!

      Delete
  2. untung ya mak aji..bahan2 bersih,asli..tiada pewngawet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Betul tu, ori punya, yang terbaik!!

      Delete
  3. ooo rendam mcm ni..tak perlu masakkan...ok boleh buat nanti..kutip 10 bunga pun cukup kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Aiyah. silaplah, kena rebuslah Yang! Nanti Mak Aji betulkan entri ni ya! Rebuslah Yang, 3 kali, sori mori!!

      Delete
    2. Nadia, kalau 10 kuntum tu belum cukup lagi. Simpan dulu dlm peti ais, sampai agak2 30 kuntum ke, baru buat. Itupun seperiuk kecil je.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...