About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday 26 July 2013

Teh Pudina Penghilang Dahaga

As-salam.

Minuman kegemaran Mak Aji untuk berbuka puasa sepanjang bulan puasa ini ialah teh pudina. Mak Aji gunakan sahaja teh uncang biasa, cuma ditambahkan sahaja lima tangkai daun pudina untuk seteko teh '0'. Elok sahaja daun pudina bertemu air panas, harum semerbak baunya hingga ke segenap ruang dapur! Berbunga rasa hati kerana pokok pudina di laman benar-benar dimanfaatkan untuk bulan mulia ini.

Mak Aji buat trial and error dengan teh pudina ini. Pada mulanya daun pudina diletakkan ke dalam teko selepas dimasukkan uncang teh dan air panas. Hasilnya, harumannya kurang 'bangkit'. Cubaan kedua dengan meletakkan dahulu daun pudina ke teko. Barulah diletakkan air panas, teh dan gula. Dengan cara kedua, daunnya layu sepenuhnya dan haruman bangkit sepenuhnya!!

Minum air sejuk untuk berbuka akan menyebabkan kita berasa letih selepas berbuka (seperti juga kesan setelah makan terlalu banyak). Sebaliknya jika minum air panas, badan tidaklah berasa letih lesu! Dengan itu, jomlah kita cuba teh ini - yang pasti, sekali cuba secawan tentu mahu secawan lagi!

Pokok pudina yang sedikit rongak dikerjakan serangga - nanti kau, aku semprot dengan semburan
buatan sendiri baru kau tahu!
Sumber foto: importsfrommarrakesh.blogspot.com

Daun pudina cukup banyak khasiatnya. Anda boleh rujuk pautan berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut:



20 comments:

  1. Replies
    1. Hi Dewberry,

      Yes, I love mint tea and the mint is fresh from the garden! Now we are observing the fasting month (the holy month of Ramadan) and mint tea is our favorite drink when breaking our fast at dusk and we have it almost every - a very good thirst quencher!

      Delete
  2. suami saya suka minum..cuma masukan sehelai dua kedalam cawannya saja..sbb kalau dimasukkan kedalam teko..org lain tak minum hehe..anak2 kata bau ubat gigi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Oh, suami aje yang minat ya. Mak Aji memang tanam sebab semua orang suka, kalau seteko sekejap aje selesai. Memang, ada tamu yg datang ke rumah dan kami hidang teh ni sebut macam ubat gigi, walhal ubat gigi yg bau macam ni, he he! Kebanyakan kita kenal bau ubat gigi pudina sebelum kenal daun pudina, begitulah jadinya!

      Delete
  3. Assalam Mak Aji... pudina saya dah banyak yang kurang ... nak minum teh ni kena la beli kat Sogo.. murah ..seikat rm1.00 .. meriah betul pokok pudina Mak Aji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Mak Aji pun pernah beli pudina ni. Harganya murah tapi masalahnya kuantitinya terlalu banyak hinggakan tak terpakai semuanya. Yang berlebih tu bolehlah disemai lagi Mar. Alhamdulillah elok segar pudinanya, cuma sedikit rongak dikerjakan serangga.

      Delete
  4. salam mak aji, mcm ni kena tanam pokok pudina, nk try resepi teh pudina special ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Mesti cuba ni @na, pasti sangkut bila sekali cuba!

      Delete
  5. Assalamualaikum dan salam kenal.tq share tentang teh pudina.nak cuba buat ptg nihihi...amat menarik!br tau ttg blog ni dr blog ummuaidan.jemput singgah blog saya ya.
    Sweetamieda.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Tuan Juhaida,

      Salam kenal juga. Bila cuba teh pudina insya-Allah pasti suka. Insya-Allah nanti Mak Aji singgah ya!

      Delete
  6. tak pernah try lagi.. nanti nak cubalah.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aizamia3,

      Dah cuba teh pudina?? amacam sedap, kan!!

      Delete
  7. Salam...

    Pekena teh pudina yang menyegarkan seperi makan chewing gum perisa pudina tiba2 celik ja mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      He he, betul tu, cukup menyegarkan! Mak Aji kalau berbuka, dapat korma dan sekole teh pudina pun dah cukup terbuka balik mata yang sebelum tu layu!

      Delete
  8. Replies
    1. Salam QA,

      Rumah Mak Aji sentiasa terbuka, datang aja, teh pudina sedia menanti!! Bergantung keadaan, apa-apa yang ada dilaman insya-Allah Mak Aji kongsikan - yang insya-Allah yang sentiasa ada, cili api kampung serta daun kesum!

      Delete
  9. Salam Mak Aji,
    Susah x nak tanam pokok pudina ni?saya ni belum ada luck lg tanam pokok yg boleh makan ni(kecuali telang,hihi).nt saya singgah kat sana 1 fine day,hrp2 mak aji akan tanya "nak minum apa ye?teh boleh?" so saya akan jawab cepat2 dgn x malu,"mak aji,mint tea pleaseee" oh speaking pulak =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NarsHiFa,

      Pokok pudina paling senang tanam, pakai keratan sahaja. Boleh beli sahaja yang terjual, potong pucuknya yang agak matang/tua sikit dan cucuk sahaja ke tanah, insya-Allah akan hidup. He he, pandai awak ya! Insya-Allah teh pudina setakat mana yang ia hidup segar dan sedia berbakti kepada tuannya, sehingga itulah akan dimanfaatkan juga oleh tetamu yang berkunjung ke rumah!!

      Delete
  10. salam makji
    betul tuh kalau sekali sekala minum teh pudina mmg segar rsnya..tambah ngan baunya yg bangkit semerbak...pernah cuba..tp malas jer nak gie petikbuat teh..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Mak Aji tanam dalam pasu sebelah porch depan rumah je, supaya senang nak petik, x perlu gi jauh-jauh. Cucu Mak Aji suka usik2 daun pudina, bila bangkit bau, tersenyum dia, "wangi," katanya!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...