About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday 12 November 2012

Bunga Cantik Lagi

As-salam.

Lewat pagi tadi selepas selesai servis kereta dan menyelesaikan urusan di pejabat pos, Mak Aji pergi ke nurseri Sungai Buloh untuk melayan diri dan tentunya bersenjatakan kamera - tidak membeli tidak apa, dapat rakam foto dahulu cukuplah!

Nikmatilah kecantikan beberapa foto bunga yang sebahagian besarnya tidak diketahui namanya:

Bunga akar dani.
Pokok akar dani - penuh bunga walau pokok tak sebesar mana.
Senduduk ungu.
Bunga senduduk jenis yang kelopaknya lebar-lebar tidak seperti di atas yang agak runcing!
Senduduk putih.
Kemboja Jepun.
Bunga kemboja Jepun.
Bunga anthurium berkelopak dan berdaun kecil.
Semacam jasmin, cuma warnanya berbeza.
Bunga raya berbilang kelopak.
Bunga raya oren.
Bunga raya tidak kembang sepenuhnya.
Bunga raya merah jambu dengan kelopak semacam bersegi.
Another take.
Bunga berbentuk daun tetapi berwarna merah.
Bunga yang sama seperti di atas.
Bunga entah apa namanya.
Foto kurang terang - semacam ixora cuma berbeza kelopak bunganya.
Bunga entah apa nama tetapi cantik.
Ini pokok bagi bunga di atas.
Bila bunga ini dijual, kita tahu Krismas sudah dekat.
Kaktus yang cantik juga.
Teringin nak beli lagi kelopak bunga air ini.
Sejenis succulent yang cantik! RM 9 sepokok!
 
Seronok melayan diri hari ini dan tiada siapa yang memanggil-manggil suruh balik cepat, he he! (Pak Aji hadir Daurah di kampung).Yang Mak Aji bawa balik cuma pasu bunga lagi, 10 beg tanah serta pokok kesidang (untuk menggantikan yang sudah tinggal arwah), pokok sirih, serai wangi (persiapan awal untuk buat mandian selepas bersalin bagi menantu nanti - baru disahkan mengandung, alhamdulillah! Cucu ketiga, insya-Allah), serta pokok lidah jin warna kuning.



4 comments:

  1. amboi cantik-cantik bunga .. akar dani tu wangikan? sedap mata memandang..serasa saya ni nak kerja nurseri je..dah salah bidang ni..hi hi shopping utk sambut cucu baru ya..tahniah la Mak Aji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itupun Mak Aji ke 3 buah tempat sahaja yg biasa Mak Aji pergi, jd bunganya x byk mana yg dirakam. Bunga akar dani memang wangi, juga timbul variasi warna, mulanya putih pastu pink, pastu merah! Kalau berbunga punyalah lebat. Mak Aji pun pernah terfikir nak kerja nurseri juga, he he. suka dok dlm kalangan pokok bunga! Lebih kuranglah tu, kebetulan sebenarnya, bila tanya, ada terus ambil. Juga sirih utk siap bila anak bujang minta pinang anak dara orang, he he!

      Delete
  2. cantik betul pokok2 bunga kat nurseri tuh yer..bunga raya merah jambu pun lawa..senduduk pun tak kurang...wah tahniah makji..bakal dpt cucu lagi yer...meriah nanti umah toknek..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gi nurseri bagus untuk terapi diri, terutama bila mood kurang cantik, he he! bila balik dengan sepokok dua pun senyum sampai ke telinga. Alhamdulillah, sorang lagi geng Ummuaidan! a cute little baby girl would be a nice addition. x pun kalau boy boleh rancang team futsal! skrg baru ada dua pemain. memang 'pecahlah' rumah tokma!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...