About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday 22 November 2012

Bunga Liar Lagi

As-salam.

Musim hujan sejak sebulan dua ini memang bukan sahaja menyuburkan pokok malah juga rumput-rampai. Rumput yang baru dipotong sebelum raya haji tempoh hari sudah mula menuntut agar dipotong lagi. Jadi, petang semalam Pak Aji terpaksa menggalas lagi mesin potong rumput dan memotong rumput di laman. 

Mak Aji cukup suka bau rumput yang baru dipotong - cukup menyegarkan! Bau yang kedua terbaik selepas bau pokok pudina Mak Aji.

Pagi ini (selepas Pak Aji memotong rumput semalam) kelihatan bunga liar ini yang belum pernah dilihat sebelum ini:

Jangan pula tertipu dengan daun tu, daun mimosa berada di sebelah pokok bunga ini.
Ini satu lagi bunga liar yang Mak Aji terjumpa pagi ini.



2 comments:

  1. salam makaji...cantik bunga liar nie...rs pernah nampak jugak kat sini..

    ReplyDelete
  2. Salam Ummuaidan,

    oh ya ke, ada juga yg sama ngan sana ya. yg kedua tu sbnrnya bunga kecil drp rumput cina.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...