As-salam.
Pagi tadi Mak Aji keluar atas banyak urusan, yang antara lainnya menambah stok tanah serta membeli baja yang kehabisan, selain membeli barang dapur untuk keperluan rumah - biasanya Pak Aji yang membuatnya - dalam ketiadaannya terpaksa Mak Aji mengambil alih.
Seperti biasa sambil melintasi deretan nurseri di kawasan Hospital Sungai Buloh, Mak Aji menjamu mata dengan pelbagai pokok hiasan beraneka jenis dan warna (this is heaven!!). Tiba-tiba kelihatan serumpun pokok tiger orchid sedang galak berbunga!! Masya-Allah sungguh cantik sekali! Apapun Mak Aji melintas dahulu sambil menjeling kepadanya - akan kusinggah untuk sesi foto nanti! Baja dan tanah dahulu yang perlu dibeli. Selesai membeli apa yang patut, Mak Aji perasan serumpun lagi pokok tiger orchid juga, pun sedang berbunga lebat!! Sang harimau mengaum di nurseri Sungai Buloh pada hari ini ya! Kalah segala tumbuhan lain dek ngaumannya! Mari kita saksikan keindahannya!:
|
Sesuai sangatlah namamu! Memang macam rimau! |
|
Sudahlah cantik, besar pula tu, hampir tiga suku saiz telapak tangan Mak Aji! |
|
Ini rumpun pertama yang Mak Aji lihat - di tengah-tengah panas warna bunganya sedikit pucat berbanding rumpun kedua yang di tempat redup! |
|
Bertangkai-tangkai bunganya yang bersaiz besar!! |
|
Cer teka, cer teka berapa harga anak pokoknya!!! - RM120 sepokok ma!! |
|
Ini bunga daripada rumpun kedua. |
|
Bunganya tak sebanyak rumpun pertama. |
Mak Aji minta izin untuk memfoto rumpun yang kedua tetapi rumpun pertama Mak Aji main snap aje! Mak Aji cuba memohon nasihat pemilik nurseri rumpun kedua yang menjual anak pokoknya ini. Nasihatnya - "kalau mahu pokok ini berbunga, letak sahaja di tengah-tengah panas, jangan pedulikan dia, buat derk sahaja, biar dia tak sihat, maka berbungalah dia. Jangan biarkan daunnya melebat, biar dia sakit sikit!!"
Begitukah halnya?? Maka itulah yang akan Mak Aji buat dengan rumpun pokok Mak Aji - mungkin juga kena bongkar balik pokok itu dan letak sahaja di tengah panas-panas buta - tempat sekarang agak redup sedikit - mendapat separa cahaya matahari. Hari ini Mak Aji dapat nasihat yang cukup berharga - untuk mereka yang ada pokok ini yang enggan berbunga, mari kita amalkan!!
Oh ya, berikut pokok
tiger orchid Mak Aji yang belum mengaum-ngaum lagi setakat ini. Harap dengan bantuan petua serta galakan daripada baja yang baru dibeli ini, mahulah dia mengaum di laman Mak Aji pula ya, insya-Allah!!:
|
Mak Aji nak mula buat derk kat pokok ni! (kecuali boh bajalah, siram takdelah). |
|
Bantu Mak Aji ya baja! |