About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday 14 January 2013

Mandi-manda dalam Hujan

As-salam.

Pagi semalam selepas solat Subuh Mak Aji tidur balik sejam dua sebab kepala terasa sedikit berat. Pak Aji sebaliknya, seperti biasa, membaca buku/kitab di beranda. Cuaca ketika itu hujan dan udara agak sejuk dan nyaman. Pak Aji terdengar kicauan burung dan apabila diperhati, terdapat sekumpulan burung di puncak pokok rambutan. Rupa-rupanya burung sibuk mandi-manda dalam hujan! Mereka meniarap, melentang, menyenget dan sebagainya. Ada juga yang menyusup-nyusup di celah-celah daun rambutan. Riuh-rendah suasana. Bukan burung sahaja yang seronok mandi dalam hujan, Pak Aji juga seronok memerhatikannya! Pak Aji sepatutnya merakam foto mereka tetapi terlupa katanya. Pun tidak dikejutkan Mak Aji dari tidur sebab kasihan dek kerana kepala Mak Aji lari stesennya! Sayang betul terlepas aksi burung di pagi semalam!

Burung di puncak pokok rambutan jiran sebelah.


10 comments:

  1. Salam makji..
    Hmmm..terlepas nak rakam detik2 yg menarik yer makaji..takperlah lain kali burung dtg mandi manda lagi tuh..:)

    ReplyDelete
  2. Salam Ummuaidan,

    Itulah dia, sayang, kan. Lain kali bila hujan selepas beberapa hari kemarau kena sentiasa alert kerana mungkin mereka akan berseronok lagi seperti itu. Jangan terlepas lagi.

    ReplyDelete
  3. Harap banyak lagi hujan bulan ni dekat Sungai Buloh. Tak perlu menyiram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tukang Kebun,

      Itulah yang diharapkan juga. Tapi sayangnya kalau hujan pun x lebat, sekadar gerimis aje, x sempat sampai boleh ponteng menyiram!

      Delete
  4. salam mak aji,
    berat lagi kepala? kurang rehat kut ye..hujan2 pagi sy sgt suka sekarang...sebab tak perlu siram pokok time kalut nak ke ofis..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Alhamdulillah dah OK, x melarat jd full-blown migraine. Bukan kurang rehat, mungkin terlebih rehat, he he! Mungkin sebab berpanas kut. Org yg dok rmh nipun suka kalau hujan pg, pun sbb boleh ponteng nyiram!

      Delete
  5. pak aji ralit tengok burung sampai lupa nk capai kamera....tambah pulak tengah hujan layan je tengok burung2 tu duk cip2 berseronok main hujan. Cepat sihat ya mak aji. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Org yg dah x kerja, itulah dia, sambil berehat di beranda, dok perhati burung sampai ralit. Seronok pulak dia dok bercerita tentang burung2 yg dia dok perhati - jadi bird-watcher pulak! Alhamdulillah dah sihat.

      Delete
  6. Salam Mak Aji.. alhamdulillah dah sihat... aquarium dan burung2 beri ketenangan.. kena tengok selalu..

    ReplyDelete
  7. Salam Mar,

    Terima kasih Mar. Ikan gapi x dok dlm akuarium pun dok dlm pasu leper dan dlm tempayan je. Anak ikan gapi punyalah banyak, x terkira, beranak aja kerjanya! Alhamdulillah ikan d burung menjadi terapi!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...