About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday 10 July 2014

Pokok Pun Puasa!

As-salam.

Hasil tuaian mulberi yang lepas, iaitu sebelum puasa cukup membenggakan. Walau bagaimanapun, tuaian berikutnya yang seiring dengan bulan puasa agak sedikit mengecewakan - pokok mulberiku puasa juga agaknya! Buahnya agak kecil, kurus keding sahaja. Jumlahnya juga agak sedikit untuk sekali tuaian:

Hasil yang agak sedikit, saiznya juga kecil-kecil. 

Melihatkan hasil yang begini jenuhlah menunggu cukup stok untuk dibuat jus - alamat tiadalah rezeki untuk dinikmati pada bulan puasa ini! Semoga selepas puasa nanti cuaca pun akan semakin mesra pokok dan insya-Allah buah akan bertambah banyak dan bertambah besar saiznya!





4 comments:

  1. salam makji,mungkin puasa jugaklah kot mulberi tuh ..tapi tgk tuaian tuh mcm byk jgk..tak cukup yr kalau nak buat jus...sy lak dok tgk roselle yg dah kering tuh cam teringin nak buat jus lak bila dah tak boley tuh..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAA,

      Yalah, agaknya lepas puasa nanti baru mahu banyak sikit tuaian dengan saiz buah yang lebih memberangsangkan, insya-Allah! Mak Aji macam nak give-up je bab roselle, bila tanam asyik kong je. Tengok org lain ajelah buat sirap - UAA sempatlah juga buat, kan! Kena tanam lagilah kalau dah kering tu.

      Delete
  2. Samalah keadaan mulberry kat sini Mak Aji lepas puasa.
    Memang cuacanya tak mesra mulberry sekarang kat tempat kita ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Nampak gaya kena tunggu hujan barulah mahu elok tuaian mulberi ni ya!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...