About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday 1 January 2013

Bunga di Laman - Senduduk

As-salam.

Bunga senduduk di laman? Jangan terkejut, pokok ini bukannya yang sengaja ditanam (kecuali untuk senduduk putih) tetapi yang tumbuh sendiri. 

Selepas tergamam dengan pokok senduduk ungu bersaiz gergasi di Agro Kusuma Jatim tempoh hari, seronok pula bila melihat senduduk di celah-celah pokok di laman, meskipun hanya bersaiz biasa. Saksikan:

Bunga senduduk ungu.
Kudup bunga senduduk. 
Pabila melihatkan kudup senduduk, teringat pula akan keenakan jem buah kemunting yang biasa dimasak Sendiri oleh arwah emak. Sebenarnya arwah ayah pernah mengajar di Tok Bali. Ketika itu Mak Aji masih budak-budak dan jambatan masih belum ada. Jadi untuk menyeberang kami terpaksa berperahu. Selepas itu perlu berjalan pula. Semasa berjalan kami melalui kawasan yang penuh dengan pokok kemunting. Jadi, apa lagi, kami petik dan kendung dalam baju! Silap haribulan habis baju kami bertompok-tompok dengan warna ungu, terkena buah yang masak! Those were the days, cukup menyeronokkan. Berbaldi kemunting yang kami peroleh hinggakan boleh dibawa balik untuk dibikin jem!



2 comments:

  1. Besar nya bunga senduduk nie makji..ingat dulu makan buah senduduk biru ketu mulut haaa..

    ReplyDelete
  2. Salam Ummuaidan,

    memang besar jugak bunganya sbb subur. He he, boleh bayang mulut biru! Mak Aji saja makan asam masin merah sbb nak gesek kat bibir buat gincu, he he!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...