About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday 31 January 2013

Taman dalam Rumah

As-salam.

Mak Aji ingin berkongsi beberapa foto taman dalam rumah yang diambil di rumah kawan Mak Aji di Subang Bestari. Reka bentuk rumahnya (teres dua tingkat lot tengah) agak istimewa dan jarang ditemui (pernah sekali dahulu jumpa di Bandar Tasik Puteri, Rawang) kerana di sebelah ruang tamunya terdapat ruang untuk taman dalam rumah (indoor garden). Pernah Mak Aji baca suatu masa dahulu yang reka bentuk jenis ini popular di Australia, entah betul entah tidak, wallahualam??

Berikut beberapa foto yang dirakam di rumahnya:

Water feature dengan air yang sentiasa mengalir perlahan - cukup mendamaikan!
Pokok gantungan yang cukup banyak anaknya!
Lihat meja daripada kayu lama, cukup rustic sifatnya!
Kayu ukir juga dijadikan hiasan di ruang ini.
Pokok keladi hiasan.

Kalau anda merancang-rancang untuk membina rumah baru, apa kata disertakan sekali taman di dalamnya seperti ini? Pasti nyaman!!



18 comments:

  1. Umm, how great to have that and hear the water. Looks like a great place to sit and relax.
    Thanks so much for sharing.
    Mary

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mary,

      Yes, the sound of water flowing was really soothing (especially with our hot and humid weather). You can really lose yourself sitting here with a nice book in hand!

      Delete
  2. Memang menarik dan teringin juga...kalau saya, saya akan bykan tnaman herba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Wanie,

      Mak Aji pun teringin bila melihatnya! Setuju tu utk tanam herba sbb lokasinya pun sebelah meja makan dan dekat dgn dapur, senang nak petik bila nak guna! Kalau tanam pudina, masuk je situ, usik2 keluar baunya yg cukup segar!

      Delete
  3. cantiknye indoor garden kawan mak aji,pagi2 hari dah dengar bunyi deruan air. tenang nye..... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Memang itulah keistimewaan model rumah ini. Yg pernah Mak Aji tengok dulu, dek krn ada taman itu jd sempit pula rumah tp yg ini tidak, masih cukup luas! Bunyi air mengalir yg mahal tu!

      Delete
  4. Salam makji..
    wah bestnyakan rumah ngan taman didalamnya nie..bolehlah cuti2 mata selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Memang ya. Di sisi ruang ini diletaknya sofa jenis bench yg boleh dibuat semacam daybed, best tu kalau rebahkan belakang selepas pekena nasi kerabu ke, nasi lemak ke, pulut ikan masin ke!! he he he!

      Delete
  5. Mak Aji apa khabar?
    Spider plant tu memang menarik buat gantung juga. Kebun saya di Adelaide banyak dulu merebak dan saya ambil anak pokoknya pun dari jiran sebab dia tak jaga pokoknya saya pula yang menyiram sebab kesian tengok pokok tu. Spider plant tu tempat teduh tak de cahaya matahari pun senang tumbuh. Memang menarik taman indoor ni lagi-lagi di kawasan perumahan. Tapi kami tak buat dah sebab mmmm...banyak pula binatang yang menakutkan masuk rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Alhamdulillah sihat. Bagusnya awak tolong jagakan pokok jiran! Dulu Mak Aji pun ada juga siramkan pokok jiran sbb org sebelah x suka berkebun, maid dia yg buat. Bila ada masalah maid, x de org jaga, kita yg kalau rajin tolong sembur dari sebelah pagar, he he! Spider plant ya, br tahu namanya! Mak Aji ada yg semacam tu juga tp warnanya terbalik, tengahnya putih tepinya hijau tp saiz daun x sebesar tu! Itu yg takut tu, yg creepy crawly tu ya! Dia pun suka sebab sejuk!

      Delete
    2. Samalah kita saya pun dulunya warnanya terbalik. Seronok tengok bunga putihnya juga dulu. Pokok spider plant ni bagus juga dibawa masuk rumah sebagai air purifying plant. Lebih-lebih lagi untuk rumah baru.

      Delete
    3. Salam Diana,

      Oh tergolong purifying plant ya, info cukup bagus! Boleh kasi tau tuan pokok ni!

      Delete
  6. idaman hati..tak sangka lot tengah pun boleh save space utk tanaman gini dlm umah plk tu...unik!

    ReplyDelete
  7. Salam Nadia.

    Sebenarnya bukaan rumahnya agak lebar berbanding bukaan rumah biasa, itu yg masih mampu dibuat indoor garden ni tanpa kompromi pd ruang dalaman ruang!

    ReplyDelete
  8. salam Mak Aji...

    Subang Bestari..!! Liya pun dok subang bestari juga... Liya memang suka rumah yg ada mini taman cam nie.. stress balik kerja dengan jalan jem balik rumah tgk mini taman ni hilang semuanya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Liya,

      Oh ya ke! Jln brp?. Dulu rumah lama Mak Aji jln u5/91c, rumah no.2. Tp dah jual skrg dok sg. Buloh. Betul tu, bila tengok pokok d bunga hilang stress, semacam terapilah, apa lagi dgn bunyi air mengalir, nyaman!

      Delete
  9. Bunyi air memang mendamaikan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...