About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday 3 May 2013

Gapi Pengganti Koi

As-salam.

Pak Aji memang suka membela ikan sejak dahulu lagi. Apabila kami meninggalkan rumah lama yang menempatkan kolam ikan koi, agaknya dia terasa kehilangan. Untuk mengubatnya dengan cara yang mudah dan murah, gapilah jawapannya. Mak Aji pun lebih suka diletakkan ikan gapi ke dalam pasu besar berbanding terpaksa meletak abate (untuk mengelak pembiakan nyamuk). 

Ini dia gapi pengganti koi kami. Kalau dahulu pelet dibeli seguni sekali beli sebab saiz ikan yang besar-besar dan banyak, sekarang cukup sekadar pelet yang paling halus dan tidak mahal harganya - itulah down-sizing, namanya, sesuai dengan orang berpencen! 


Populasi gapi sudah beratus (entahkan beribu) ekor di empat biji pasu! 


24 comments:

  1. Salam makji..
    gapi ni apa dah namanya orng kelate panggil..ingat pernah tengoklah masa kecik2 dulu..tangkap dr sawah padi kat umah nenek..tak sure lah sama ker tak heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Kalau x silaplah saiz ikan gapi dan sepilai kedua-duanya lebih kurang aje, cuma yg sepilai tu lebih kembang ekornya, juga dipanggil ikan belaga/belaga (bengkeng!). Pun ada juga sepilai karim yg xlah glamer sangat ekornya (Mak Aji pernah dgn sepupu goreng ikan ni masa budak2 dulu!). Gapi ni kalau dulu Mak Aji beli utk beri makan ikan arowana. Kami panggil ikan longkang je! Sekarang dah jd ikan bela pulak, he he!

      Delete
  2. Bestnya kalau ruang rumah luas boleh bela ikan lagi. Kakak suka bela ikan tapi selalu tak menjadi. Tak sampai 4 bulan dah habis semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Saya bela dalam pasu je, takde kolam pun, satu pasu leper, 3 lagi dalam pasu besar. Ikan gapi ni sebenarnya yang paling mudah bela berbanding yg lainnya.

      Delete
  3. Assalam Mak Aji.. kita ada ikan laga je.. buat sejuk mata lihat ikan berenang2.. dulu seekor .. dah ada dua.. jadilah he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Mak Aji pun suka ikan laga sebab siripnya cantik. Ikan laga garang kan, xleh dok sekali, gaduh, kena dok asing2 kan?

      Delete
  4. salam mak aji, down-sizing sesuai jgk tu utk kami w'pun tk pencen...langkah jimat cermat..hehehe...comei ikan gapi ni...nak bela jgk la mak aji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Betul tu, sebenarnya Mak Aji banyak buat perubahan dalam proses menuju pencen, down-sizing dalam hampir semua perkara agar apabila pencen x perlu nak kena bayar apa2 hutang kecuali yg benar2 perlu saja. Jadi dapat duit pencen hampir bersih. Bagus tu muda2 dah down-size!

      Delete
  5. suka pulak tgk ikan2 ni...nak jugak bela..tapi tunggu Naufal besar sikit...orang kata bagus bela2 haiwan untuk latih anak2 lebih perihatin, bertanggungjawab & penyayang...:D

    dulu kecik2 kononnya tangkap ikan sekilai...tapi yg dapatnya anak berudu heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Memang ralit ngan ikan ni. Bila pagi2 Mak Aji rapat dgn pasu ikan, mrk keluar minta makan, memang jinak, seronok! Bila Naufal besar sikit boleh beri ikan makan! Mak Aji pun ada pengalaman dengan berudu - kena tipu yg berudu tu ikan - rasanya ramai yg macam tu, he he!!

      Delete
  6. salam Mak Aji.Heheh hebatlah Mak Aji sampai bertambah populasinya. Mak saya bela, bila bertelur je kena makan dengan bapak ikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nurul,

      Pada mulanya memang susah nak membiak. Tiap kali ke klinik yg biasa kami pergi, tengok akuarium dia ada beribu gapi, jeles sungguh. x lama lepas tu kat rumah ni dah jadi mcm tu! Gapi ikut tuan rumah juga agaknya, banyak anak, he he!

      Delete
  7. Salam kak!

    teringat saya ikan akak yang besar dekat rumah lama dulu tu...memang besarrrrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Da,

      Yg besar dulu tu kami gelar Kak Long sbb dia yg terbesar. Bila dia mati Asyraf nangis bagai nak rak, Pak Aji pun (time tu outstation) bila tahu terdiam kejap. We all miss her/him? Entah jantan entah betina, he he!!

      Delete
  8. As salam mak aji,
    Ikan guppy ni memang cepat mebiak. Tau-tau bekas kita bela ikan ni dah penuh dan sesak dgn ikan. Ada sejenis ikan kecil yg cantik dan cepat membiak iaitu ikan peacock(ekornya kembang).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Adry,

      Bila dah mula sesak tu yang kena sedekah kat orang. Anak buah Pak Aji dah ambik beberapa ekor, yang tak aci tu, diambiknya yang cantik2 aja, ditinggalnya yang tak cantik, he he (bertuah punya budak!).

      Delete
    2. Nanti nak kena tengok yang peacock yang Adry sebut tu!

      Delete
  9. Elok ikan guppy nak hindarkan nyamuk dari bertelur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Memang itupun tujuan asalnya. Lama2 suka pula, jadi macam sengaja dibela pula!

      Delete
  10. ikan gapi cepat membiak.

    ReplyDelete
  11. Ikan dalam pasu tu tak yah tukar air ke?

    ReplyDelete
  12. Ikan dalam pasu tu tak yah tukar air ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...