About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday 14 May 2013

Trellis Baru

As-salam.

Alhamdulillah selepas puas mengecek, akhirnya Pak Aji tunaikan juga permintaan untuk membina trellis yang agak teguh berbanding trellis yang ngok-ngek ngok-ngek hasil bikinan Mak Aji sendiri! Cumanya agak terlebih teguh, tak?? Apapun alhamdulillah siap sudah tempat baru untuk kacang panjang, bunga telang dan sirih memanjat. Pokok-pokok kacang lain yang sebelum ini menumpang pokok mangga, pokok katak puru serta pokok kemboja Jepun juga sudah dialihkan ke sini. Selesailah soal tumpang-menumpang (cuma agak sesaklah sedikit (jangan gaduh sudah). Saksikan:

Amacam, ok tak trellis baru ni??
Pokok kacang dah memanjat sampai ke atas dan bunga telang masih belum apa-apa lagi.
Sekali pandang trellis ini semacam tempat gantung buai sahaja! Pak Aji tidak mahukan yang kekal melekat di dinding jadi inilah yang dihasilkannya. Habis baki stok kayu yang disimpannya untuk projek ini. Alhamdulillah hajat akhirnya kesampaian (never deny the power of persuasion, he he!!)



16 comments:

  1. bunga telang..nanti boleh buat nasi kerabu biru la ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Itulah antara misinya nanti, selain sirap biru!

      Delete
  2. salam makji..
    alhamdulillah..selamat menjalar...jgn gadub2 yer nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Harap2nya begitulah dek kesempiran ruang.

      Delete
  3. Nice trellis! nampak sgt teguh la boleh buat buaian dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Olive,

      Pak Aji x nak yg kekal melekat kat dinding. Habis hayat pokok nanti boleh jadi tempat gantung buai pulak ya, he he!

      Delete
  4. salam mak aji, power lah pujukan mak aji hehehe...at last terhasil lah trellis hebat tu...tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Pujuk campur rajuk dapatlah hasil ni! Jenuh nak dapat, bila dah nak buat tu, sekejap saja bertukangnya dah siap, antara rela dan paksa, he he!!

      Delete
  5. yelah mak aji..mcm nak buat buai..kalau ada buai..pastu ada pokok2 menjalar..mcm buai dlm cerita bawang putih bawang merah..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      He he, nanti kita pakat hayun dan pakat nyanyi ya! Mak Aji dok terbayang dia buat empat tiang macam pondok tu tapi kata Pak Aji yang bentuk mcm ni lebih stabil, apa-apalah, janji menjadi sudah!

      Delete
  6. malunya lynn... trelis lynn buat bengkang bengkok! yg ni mmg tersgtlah pronya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lynn,

      Lynn x tengok versi awal yg Mak Aji buat, yg x stabil, main ikat2 buluh dan tali rafia je, ngok ngek, ngok ngek kena tiup angin. Ini versi yg Pak Aji buat, sebab tu besar, teguh, peramah macam Chartered Bank!

      Delete
  7. teguh dan kukuh. gembira laa pokok2 memanjat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Awin,

      Mak Aji rasa macam terlebih kukuhlah pulak! Yang dibayangkan lain rupanya yg menjadi begini. Apa-apa ajalah yg org buat, janji siap!

      Delete
  8. Assalam Mak Aji..Seronoknya pujuk2 menjadi akhirnya trelis tu.. bahagiala pokok2 tu menjalar nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Alhamdulillah pujukan berhasil juga. Tak boleh bayang jika semuanya saling menjalar, caca marba jadinya nanti ya, mana kacang, mana bunga telang dan mana sirihnya??

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...