As-salam.
Lewat pagi tadi selepas selesai servis kereta dan menyelesaikan urusan di pejabat pos, Mak Aji pergi ke nurseri Sungai Buloh untuk melayan diri dan tentunya bersenjatakan kamera - tidak membeli tidak apa, dapat rakam foto dahulu cukuplah!
Nikmatilah kecantikan beberapa foto bunga yang sebahagian besarnya tidak diketahui namanya:
|
Bunga akar dani. |
|
Pokok akar dani - penuh bunga walau pokok tak sebesar mana. |
|
Senduduk ungu. |
|
Bunga senduduk jenis yang kelopaknya lebar-lebar tidak seperti di atas yang agak runcing! |
|
Senduduk putih. |
|
Kemboja Jepun. |
|
Bunga kemboja Jepun. |
|
Bunga anthurium berkelopak dan berdaun kecil. |
|
Semacam jasmin, cuma warnanya berbeza. |
|
Bunga raya berbilang kelopak. |
|
Bunga raya oren. |
|
Bunga raya tidak kembang sepenuhnya. |
|
Bunga raya merah jambu dengan kelopak semacam bersegi. |
|
Another take. |
|
Bunga berbentuk daun tetapi berwarna merah. |
|
Bunga yang sama seperti di atas. |
|
Bunga entah apa namanya. |
|
Foto kurang terang - semacam ixora cuma berbeza kelopak bunganya. |
|
Bunga entah apa nama tetapi cantik. |
|
Ini pokok bagi bunga di atas. |
|
Bila bunga ini dijual, kita tahu Krismas sudah dekat. |
|
Kaktus yang cantik juga. |
|
Teringin nak beli lagi kelopak bunga air ini. |
|
Sejenis succulent yang cantik! RM 9 sepokok! |
Seronok melayan diri hari ini dan tiada siapa yang memanggil-manggil suruh balik cepat, he he! (Pak Aji hadir Daurah di kampung).Yang Mak Aji bawa balik cuma pasu bunga lagi, 10 beg tanah serta pokok kesidang (untuk menggantikan yang sudah tinggal arwah), pokok sirih, serai wangi (persiapan awal untuk buat mandian selepas bersalin bagi menantu nanti - baru disahkan mengandung, alhamdulillah! Cucu ketiga, insya-Allah), serta pokok lidah jin warna kuning.