About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday 2 May 2013

Cubaan Membuat Trellis

As-salam.

Seperti saranan kawan-kawan blogger, Mak Aji mencuba membuat trellis/para/tempat memanjat untuk pokok sirih, kacang panjang dan bunga telang. 

Mak Aji membeli lima batang buluh kecil dengan harga 80 sen setiap satu (Anak buah Mak Aji sebut, "selesai sahaja pilihanraya, cabut sahaja buluh/kayu bendera, tidak payah dibeli-belipun!"). Alahai tidak mahulah Mak Aji, nanti susah soal jawab nanti di sana! Ranting yang melintang diambil sahaja sekitar laman. 

Apabila melihatkan trellis ini, terasa di hati - semacam tak cukup aja! Rasanya perlu dibuat penambahbaikan pada trellis ini dalam sedikit masa lagi sebelum sokong membawa rebah! Apapun saksikan cubaan pertama ini:

Trellis sementara hasil cubaan pertama. Di kiri kacang panjang, di tengah bunga telang dan di kanan pokok sirih.

6 comments:

  1. Idea ada, kemahuan ada, kerajinan pun ada memang boleh menjadi. Kakak ada kemahuan tapi tempat pulak tak ada Mak Aji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Kalau tempat xde boleh buat container gardening, boh dalam pasu je, takpun buat vertical gardening, pakai gantung je. Dalam hati nak buat topsy-turvy untuk tomato pulak, he he! Idea banyak ni, kadang2 Pak Aji pening layan.

      Delete
  2. jadilah temporary kan....sy bercadang nak buat trellis untuk pokok buncis, markisa, kacang botol & bayam malabar...tak menjadi lagi ni...sbb takde kayu...kadang ada terfikir jugak amik kayu2 PRU13 je hahahha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Wah banyak trellis nak buat tu. Memang Mak Aji pun dok geram je kayu PRU 13 tu, macam nampak2 je kat laman ya!! Mak Aji rasa ramai kawan2 pekebun kita macam tu, he he!! Nampak bendera nampak trellis/para!

      Delete
  3. Comel trellis makjie nie...hehehe..sementara ok..takut nanti bila semua pokok dah besar kot runtuh ker kalu tak muat ..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      He he, itulah pasal, takut sokong bawa rebah je! Ni sementara aje, untuk yang kekal tu kena dapatkan bantuan big bosslah pulak!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...