About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday 14 May 2013

Persediaan untuk 'Mengejem' Mulberi

As-salam.

Sudah tiga hari berturut-turut Mak Aji memetik buah mulberi dan menyimpannya di dalam freezer sebagai stok untuk membuat jem mulberi. Hasilnya, alhamdulillah bolehlah. Buah masih banyak di pokok. Mak Aji anggarkan insya-Allah minggu depan habislah buahnya di pokok dan jem bolehlah dibuat nanti. 

Sebenarnya Mak Aji belumlah pernah membuat jem sendiri. Memerhati arwah mak membuat jem buah kemunting semasa masih budak-budak adalah. Walau bagaimanapun, jem akan diusahakan nanti! Kalau ada sesiapa kawan blogger yang pernah buat jem sendiri, kongsi-kongsikanlah dengan Mak Aji ya!!

Tuaian sehari.



Foto di atas, mulberi yang masih di pokok. Berikut pula stok tiga hari tuaian, sekitar 140 gm - harap-harap dapatlah nanti sekitar sekilo untuk dijemkan!:

Yang putih-putih tu sebab baru dikeluarkan dari freezer.


16 comments:

  1. waaaaa marveles lah mok aji, buat jem sendiri.....nanti letok kat blog deh step by step...hehehhehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dini,

      Hajat nak buat, retinya belum, baru nak buat research sikit! Insya-Allah kalu menjadi Mak Aji beritahu ya!!

      Delete
  2. salam makji...wah banyaknya mulberi yg dituai..semoga selamat menjadi jem nanti yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Alhamdulillah moga lagi banyak yang boleh dituai nanti!

      Delete
  3. Heee... bestnya Mak Aji. Kakak rasa macam nak tanamlah. Kakak tak pernah jumpa lagi pokoknya live. Tengok gambar dan blog Mak Aji inilah baru kakak tahu. Hasil memuaskan macam ini dapatlah buat jem:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Jom kita sama2 tanam, nanti kita sama2 mengejem ya!

      Delete
  4. kak, tgk hasil tuaian akak tu buat saya teringat 'kebun' sis LG. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Da,

      Tukang kebun sekarang Da, dah turun pangkat dah. Skrg orang panggil akak Mak Cik atau Mak Aji je! Inilah dia hasil tukang kebun ni, sama dgn kawan2 pekebun lain, dok tayang hasil tuaian agar yg lain2 pun makin rajin berkebun!

      Delete
  5. cantik pulak rupanya bila klua dr freezer yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam smRose,

      Ya x ya jugak ya, macam dibubuh gula ising pulak!

      Delete
  6. aduh..lynn punya Mulberi br sejengkal! Berkobar semangat bila tengok Mak Aji punya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lynn,

      Kecik pun kalau berbuah samalah tu! :)

      Delete
  7. terlioq tgk buahnya. pokok mulberry yg dibeli. dari diana belum berbuah. boleh tgk sajalah hasil kebun org lain :) semangat juga mcm lynn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Awin,

      Buahnya kalau hitam tu memang manis, kalau yg masih merah masamlah sikit. Nanti tiba giliran Lynn dan Awin pula upload mulberi masing2 pulak!

      Delete
  8. salam kenal.saya baru juga tanam mulberi ni.harap menjadi dan hidup keratan mulberi yang baru je 2 minggu saya semai.seronok tgk akak kutip buah y bnyk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Nawal,

      Mak Aji harap pokok mulberi Nawal akan tumbuh subur dan bakal menghasilkan mulberi yang banyak, insya-Allah! Bila dah banyak nanti boleh sama ada dimakan begitu saja, dibuat sirap mulberi atau dibuat jem!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...