About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday 13 January 2013

Tunjuk Langit dan Nanas Lagi

As-salam.

Pagi semalam Mak Aji dan Pak Aji ke pasar tani Taman Melawati untuk mencari kapsul tunjuk langit. Bapa saudara Mak Aji yang memaklumkan kepada kami tentang hal itu. Ini yang kami jumpa:

Sebotol RM30, lima botol RM100.
Nombor telefon pengeluarnya juga dipaparkan.
Pak Aji mahukan kapsul ini untuk mengawal darah tingginya. 

Mak Aji belum pernah ke pasar tani ini, jadi agak seronok jugalah berada di pasar ini jika dibandingkan dengan pasar tani di Paya Jaras, Sungai Buloh. Rupa-rupanya sayur kampung lebih banyak pilihan di Melawati. Mak Aji juga ada terjumpa umbut kelapa! Kalau dibuat acar masak umbut kelapa, tentu sedap! Teringat pula pada zaman kecil-kecil dulu arwah emak yang masakkan. Umbut juga dicampur ke dalam gulai kawah yang biasa dimasak untuk kenduri kahwin! Mak Aji sekadar pandang sahaja - takut kalau tidak menjadi kalau masaknya. 

Usai urusan di pasar tani, kami menyinggah ke rumah kawan di kawasan perumahan itu - kawan sepejabat yang sebaya Mak Aji dan yang sudah sekian lama pencen awal (kalau tidak silap pada usia 45 tahun). Kami diajak bersarapan di rumahnya. Selepas kami pekena nasi dagang (sedap Wan!) dan sandwic sardin serta kopi-O kaw (tentunya cap Kapal Api!), kami beredar untuk balik. Sampai di pagar Mak Aji terlihat pokok nanas ini yang ditanamnya:

Nanas hiasan - kecil sahaja buahnya.
Dari dekat - ada bunga ungu! Comel sekali!



10 comments:

  1. Memang cantik bunga purple saiz comel tu..

    ReplyDelete
  2. Salam Mar,

    Ya Mar, memang cantik. Yang syoknya tuan pokok pun tak tahu boleh makan ke tak buah ni! Mak Aji agak pokok hiasan aje sebab kecik sangat dan comel pulak tu.

    ReplyDelete
  3. Salam mak aji,

    yang tu nenas hiasan kan? cantik la bunga dia. purple kaler. X tau pulak nenas hiasan ni boleh keluar bunga. first time tgk. :)

    ReplyDelete
  4. Salam Ibu Qis,

    Rasanya pokok hiasan sebab saiznya cukup comel - kalau dikopek kulit, rasanya tiada apa yang tinggal lagi. Bunga ungu tu yang syok tengok tu, jd perlu dirakam untuk dikongsi dengan semua orang!

    ReplyDelete
  5. heheh nenas bantut rupanya ada bunga comel!..
    umbuk nyior tu sgt suko make mak aji..tapi loni payoh sungguh nak jupo...kenduri kawin pun ore tak berapa buat doh loni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      he he.
      Mak Aji pun dah lupa bila kali akhir makan umbut kelapa, cuma yg ingat bagaimana sedap rasanya! Itulah dia, jadi bila Mak Aji terjumpa hr tu, jd terkaku jap. Dah x reti nak buat apa kalau beli, jd lalu aja, x beli pun.

      Delete
  6. salam makji..
    mahalnya kapsul tunjuk langit tuh yer..mungkin sbb byk khasiatnya kan...nenas hiasan tuh boleh makan ker tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Bule tehelah regenya tp kalau fikir nak buat sendiri, x terbuat rasanya. Dahlah nak dapatkan buah tunjuk langit susah, nak kena kopek, kisar pastu kena boh dalam kapsul pulak. Rasanya xleh makan sbb kecil cenonet je. Kalau lepas kopek xda apa yg tinggal!

      Delete
  7. salam mok aji,

    tu buke nenas batu ko? tp tok penoh jupo pulok hok ado bungo....lawa!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dini,

      memang nampak rupa serupo nga nanas batu tp yg ni ado bungo. kecik comel pulak tu!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...