About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday 16 January 2013

Update tentang Pisang

As-salam.

Mak Aji hendak tunjukkan foto update pokok pisang yang berbuah beberapa bulan lalu:

Lama lagi ke nak matang??
Kata Pak Aji, mahu sebulan lagi baru boleh makan kut? Boleh tahan lama juga ya! Dalam diam dua pokok lagi sudah berbuah juga. Jadi, sedang elok buah dari pokok ini dituai, ada dua tandan lagi dalam waiting list!

Dalam pada itu, pokok pisang lemak manis di sudut hadapan laman sudah matang dan sudah ditebang. Ada dua lagi juga pokok sedang berbuah, cuma belum matang. Berikut foto setandan pisang lemak manis yang sudah dikongsi makan oleh tuan pisang dan juga burung-burung di laman!
Pak Aji sengaja gantung tandan di bawah ini di pergola agar dia boleh memerhati burung!

Pisang lemak manis atau pisang monyet.

Melihatkan pisang lemak manis, teringat pula cekodok pisang menggunakan pisang ini! Cukup sedap sebab memang manis semulajadi, tidak perlu tambah gula sebanyak biasa.





6 comments:

  1. As salam mak aji,
    Pisang yg dalam foto paling atas tu jenis pisang awak ke? Kalau tgk dlm foto, mungkin dua bulan lagi baru boleh tebang pokok pisang tu.

    ReplyDelete
  2. Salam Adry,

    Mak Aji panggil pisang abu tp ada juga org panggil pisang awak. Oh ya ke, rasa macam dah lama sangat masa dia mula berbunga dulu! Terima kasih atas info!

    ReplyDelete
  3. salam makji...
    wah dah mula masak yer pisang tu..buat pengat tak sedap ker..?tak pun goreng?

    ReplyDelete
  4. Salam Ummuaidan,

    Yang paling sedap buat pisang goreng, pengat pun boleh gak. Kalau masak ranum boleh rebus je.

    ReplyDelete
  5. salam Mak Aji.. tak pernah makan pisang rebus saya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      kalau nak makan pisang rebus mesti masak ranum baru sedap sebab rasanya manis. Pisang jenis lain x pastilah pulak. Cuma biasa rebus pisang ni aja.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...