About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday 15 August 2014

Tanam Apa dalam Kabinet Dapur??

 As-salam.

Kita biasa tanam tanaman di tanah atau di dalam pasu. Walaupun begitu ada juga yang tanam tanaman di dalam bakul - seperti bawang besar yang tumbuh sendiri di bakul bawang, he he! (kerja siapa lagi kalau kerja Mak Ajilah tu). Mari kita lihat apa yang boleh ditanam dalam kabinet dapur pula!:

Tadaaa!! Cendawanlah!
Mak Aji bedung bongkah cendawan dalam tuala lama.

Sekitar seminggu sebelum raya menantu Mak Aji membawa balik benih/bongkah cendawan yang dibeli daripada kawan FB Mak Aji yang kebetulan bekerja di ofis yang sama dengannya. Mak Aji balut 3 bongkah cendawan itu dalam tuala lama dan Mak Aji pastikan yang tuala sentiasa basah (semasa balik kampung raya kering kontanglah dia!) Selepas balik raya Mak Aji jenguk dan tiada apa-apa yang keluar - agak kecewa sedikit dan menantu Mak Aji menawarkan untuk mendapatkan yang lain untuk Mak Aji). Walau bagaimanapun semalam semasa Mak Aji menenguknya lagi, alangkah gembiranya sebab ini yang kelihatan! 

Menjadi juga cendawanku! Cendawan sudah mula keluar daripada bongkah pertama dan 2 bongkah lagi masih belum ada apa-apa tanda lagi. Harap-harap yang 2 lagi akan mengikut jejak langkah yang pertama juga, insya-Allah! 

Mak Aji mahu buat iklan sedikit ya! Mak Aji dapatkan bongkah daripada Sarah Mohamed Noor yang anda boleh cari di FB! Jom kita tanam cendawan!!



6 comments:

  1. salam makji,
    ala jelesnya tengok makji tanam cendawan..saya nie kalaulah bongkah tuh boleh dapat dengan senangnya sure dah lama dah tanam..kat sini cendawan tak fofular..jd mmg jrg jumpa kat kedai..memang dah berkurun tak makan cendawan wpun ianya febret no.1 huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAA,

      Oh gitu ke. Alahai kesiannya org jauh! Nantilah ya, tak lama lagi tu, Nanti kita sama2 dapatkan ya, juga nanti kita kenduri cendawan sampai puas!

      Delete
  2. Saya dah lama mencari bongkah cendawan ni mak aji. Nanti saya cuba cntact Sarah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Awin,

      Boleh hubungi Sarah tu! Jom kita tanam cendawan!

      Delete
  3. assalam Mak Aji.. wah dah melangkah setapak lagi dalam berkebun... saya pula tanam bawang dalam fridge..kalau dah bercambah sengaja tak guna untuk masak sebab lepas tu nawaitu nak semai dalam pasu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      He he, bawang tanah tinggi tu, kat dalam fridge! Kaedah baru menyemai bawang tu! :)!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...