About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday 7 August 2014

Besar Punya!

As-salam.

Salam aidilfitri Mak Aji ucapkan kepada semua yang melewati blog ini, sama ada yang pernah menyapa atau yang senyap sunyi dan sekadar pemerhati (silent reader). Kalau ada kata-kata Mak Aji yang pernah mengguris rasa, Mak Aji memohon berbanyak maaf. Kita buka buku baru ya! 

Setelah sibuk balik kampung untuk beraya, baru hari ini Mak Aji berkesempatan ke udara - lama cuti! 
Kalau lama bercuti, agak liatlah pula untuk ke udara - foto perlu diedit bagai dahulu sebelum menyiapkan entri - ambil masa untuk panaskan enjin!

Mak Aji ingin kongsikan beberapa foto yang sempat dirakam sepanjang berada di kampung tempoh hari:

Tempat yang paling seronok untuk melepak sambil memerhati koi berenang-renang.
Perhatikan saiz bird's nest tu berbanding saiz adik Mak Aji yang sedang 'berasap' tu!

Bird's nest ni Mak Aji jumpa di rumah pak cik Mak Aji di Wakaf Che Yeh (tempat tumpah darahku!), Kota Bharu, Kelantan. Sebelum ini kurang perasan Mak Aji akan saiznya yang sebegitu besar. Melihatkan saiznya yang sebegitu besar, maka Mak Aji pun akan cuba mengusahakan agar Mak Aji punya pun boleh jadi sebesar itu! 




10 comments:

  1. Selamat Hari Raya Mak Aji..maaf zahir dan batin..hehehe..

    teringinnyer nak ade kolam camtu...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Juls Julie,

      Selamat hari raya, juga maaf zahir batin! Ada rezeki nanti dapatlah tu ya!

      Delete
  2. wow cantiknya mak aji...hijau mendamaikan tambah pulak ada ikan koi kt bwh tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cucubulat,

      Sejuk mendamaikan, kan! Pak cik Mak Aji tu punya laman yang cantik, kemas, seronok bila berada di lamannya!

      Delete
  3. Salam aidilfitri Mak Aji..selamat hari raya, maaf salah silap saat bertegur sapa.
    Besarnya pokok tu. Tanam dalam pasu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidilfitri Puteri,

      Mak Aji juga mohon banyak maaf kalau tersilap tersalah kata sepanjang berkawan di ruang maya ini! Kurang pastilah pulak di pasu atau ditanah sebab dah tak kelihatan dek daunnya yang merimbun tu!

      Delete
  4. memang besar banget tuh makji...elok jugak tanam nie kat luar umah pun..cam redup dan sejuk jer suasananya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAA,

      Memang seronok, sejuk je, apalagi dgn ikan koi kat bawah tu! Teringin pulak nak buat kolam ikan balik bila tengok ni tapi Pak Aji dah malas nak layan! Pengalaman lepas ikan sekolam mati sebab trip main switch akibat petir. Takde sapa kat rumah. Anak balik je ke rumah tengok sekolam koi mati, Asyraf nangis, Pak Aji menung je!

      Delete
  5. Assalam Mak Aji.. giant betul pokok tu !.. rasi dengan tuannya dan di belai secukupnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Betul Mar! Mak Aji pun agak terkejut dah boleh jadi sebesar tu (dah 3 tahun tak beraya kat kampung!) Nanti nak kena tanya pakcik Mak Aji apa petua dia sampai pokok jadi sebesar tu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...