About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label bertanam sendiri. Show all posts
Showing posts with label bertanam sendiri. Show all posts

Friday, 14 October 2011

Mengapa Perlu Berkebun/Bertanam Sendiri?

Mungkin ada segelintir kita yang berpendapat, mengapa perlu bersusah-susah mengotorkan tangan untuk bertanam sayur-sayuran dan buah-buahan kalau lebih mudah untuk membeli sahaja?? Memanglah mudah untuk beli sahaja, namun cuba fikirkan sejenak apa alasan-alasan yang bakal saya sebutkan di bawah ini:
  • Harga semua benda makin hari makin meningkat, begitu juga sayur-sayuran dan buah-buahan. Kalau kita bertanam sendiri, sedikit sebanyak perbelanjaan dapur dapat dijimatkan.
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan yang ada di pasar tidak mungkin lebih segar daripada yang anda petik dari kebun sendiri, nama pun 'segar dari ladang!'
  • Yang tentunya (amat penting!) sayur-sayuran dan buah-buahan kita bebas daripada racun seranggan yang entah apa kesannya terhadap kesihatan kita. Walaupun tak seelok yang dibeli, namun jauh lebih berkhasiat!
  • Bertanam boleh dijadikan hobi sekeluarga terutama pada hujung minggu. Aktiviti ini boleh mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.
  • Anak-anak kita terutama yang kecil boleh mengetahui dari mana datangnya sumber makanan mereka. Inilah dia backyard science untuk manfaat pelajaran mereka!
  • Makanan yang dihasilkan sendiri menjadikan kita lebih menghargai nilai makanan, lalu tidak akan mensia-siakannya. Kita tentunya amat menghargai hasil titik peluh kita sendiri!
  • Hanya mereka yang bertanam sahaja yang boleh merasakan kenikmatan dan kepuasan kerana makan hasil tanaman sendiri. Apa lagi, ayuh kita berkebun!!!
  • Bertanam juga boleh memanfaatkan tanah kosong yang (walaupun sempit) kalau tidak dimanfaatkan akan tumbuh rumpai dan lalang
  • Hasil tanaman kita akan menghijaukan dan menyejukkan kawasan rumah, selain mengindahkan lanskap rumah kita
  • Hasil tanaman yang berlebih boleh sama ada kita sedekahkan kepada kawan-kawan atau jiran atau boleh juga dijual untuk mendapatkan wang tambahan. Kalau kurang mampu bersedekah duit, rebutlah peluang bersedekah dalam bentuk ini!
  • Kita dapat makan makanan organik yang ditanam sendiri dengan harga yang cukup murah berbanding makanan organik yang mahal di pasaran!
Berikut beberapa gambar sayur-sayuran dan buah-buahan organik untuk dikongsi:




 Anda pernah tahu yang Putera Charles ada ladang organik di Highgrove Estatenya? Beliau pun makan tanaman organiknya sendiri. Kita bila lagi??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...