About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label kangkung. Show all posts
Showing posts with label kangkung. Show all posts

Monday, 28 October 2013

Nostalgia Buah Kemunting

As-salam.

Pokok kemunting yang dipamerkan oleh Rose dalam blog Semua Menjadi cukup menggamit nostalgia. Arwah ayah Mak Aji pernah bertugas sebagai guru di S.K Tok Bali, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan semasa Mak Aji masih kecil. Pada ketika itu setiap pagi arwah perlu memandu ke Semerak terus ke tempat untuk menaiki perahu. Setelah berperahu dia terpaksa pula berjalan kaki untuk sampai ke sekolah. Sepanjang-panjang berjalan kaki ke sekolah terdapat begitu banyak pokok kemunting tumbuh meliar! Sesekali kami mengikut arwah ayah ke sekolahnya dan kami membawa baldi untuk mengisi buah kemunting. Arwah mak akan menghasilkan jem kemunting yang to die for! Masih terasa kesedapan jem tersebut! 

Dek kerana itulah apabila ada sahaja pokok kemunting Mak Aji terus sambar sahaja! Pada lewat pagi ini kiriman daripada Rose tiba. Kirimannya termasuklah juga benih bayam malabar, sambung nyawa ungu, biji benih sawi bunga, petola bantal, timun betik, kangkung serta durian Belanda! Terima kasih banyak-banyak Rose! 

Untuk manfaat mereka yang belum pernah melihat buahnya ini dia:

Buah kemunting
Sumber foto:  ibujunes.blogspot.com


Seronoknya! Petang ini kenalah Mak Aji tinjau di mana agak-agaknya tempat kemunting akan ditanam. Begitu juga dengan benih-benih lain ini. 



Saturday, 25 February 2012

Pokok Riben Menyambut Tamu

Mak Aji melayan diri ke nurseri pada petang ini. Banyak pokok yang hendak dicari. Dalam usaha mencari  seronok pula menengok dua pokok 'riben' yang dibentuk sebegini rupa, cukup menarik sekali. Kalau diletak pada pintu masuk rumah atau di pintu pagar tentu menarik, kan!!:

Ahlan wasahlan!!
pokok 'riben' dari dekat
Mak Aji ke nurseri sebenarnya untuk mencari pasu besar lagi (setelah berusaha sekian lama), pokok roselle, pokok daunan untuk laman hadapan rumah serta beberapa beg tanah serta pasu untuk daun kesum dan sejenis ulam lain (pokok selasih ke agaknya, kurang pasti, rupanya seperti ulam raja, daun salam kut??). Ini yang dibawa balik:  

pokok roselle - siap ada bunga lagi
ulam raja - ulam kegemaranku!
pokok daunan - yang depan tu percuma, penjual tu cucuk saja!
Cuba teka bunga apa? - bunga ulam raja!!
Ini pasunya, rupanya menarik, ada lubang (kena simen lubangnya nanti), harganya RM90 (asalnya RM98), selesai bab tempayam isi air hujan, tinggal lagi hendak ditutup lubang dan diposisikan di bawah tempat air hujan turun.

Pasu besar - dibeli juga akhirnya!
Lebihan kangkung Mak Aji biarkan agar tumbuh akar dan sudah dipindahkan ke pasu. Sudah tumbuh - tidak lama lagi bolehlah dituai. Dua lagi pasu untuk daun kesum dan daun salam (betul ke?).

kangkung- baru semai
daun kesum - tanam semula
daun salam
pudina
Pokok kunyit hitam pula makin subur, sudah agak banyak pulalah, berapa banyak pasu Pak Aji hendak tanam kunyit hitam ni??

kunyit hitam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...